Bahaya Pil Tangguh Haid
TAIF: Semakin ramai wanita muda, khususnya yang belum berkahwin, memakan pil untuk menangguhkan kedatangan haid sepanjang bulan puasa. “Kerana teruja untuk berpuasa penuh sepanjang Ramadan, ramai wanita muda, termasuk yang belum berkahwin datang membeli pil Primolut N. “Jualan pil itu meningkat sejak Ramadan bermula,” kata seorang ahli farmasi kepada akhbar Al-Watan. “Mereka tidak langsung memikirkan kesan sampingan itu. Kebanyakan mereka membelinya daripada ahli farmasi yang mereka kenal tanpa preskripsi,” katanya. Primolut N mengandungi bahan aktif norethisteron, produk hormon tiruan yang sama dengan hormon progesteron asli wanita. Ia digunakan untuk menundakan kedatangan haid dan merawat gangguan yang berkaitan dengannya, Seorang pekerja swasta, Ummu Faris berkata, dia memakan pil itu kerana tidak mahu tertinggal puasa. “Kerana sudah berumah tangga, saya tidak berdepan dengan masalah untuk membeli pil berkenaan,” katanya. Pakar sakit puan di Hospital Al-Ameen di Taif, Dr Hanan Oyara...