Posts

Showing posts from August, 2010

Bahaya Pil Tangguh Haid

TAIF: Semakin ramai wanita muda, khususnya yang belum berkahwin, memakan pil untuk menangguhkan kedatangan haid sepanjang bulan puasa. “Kerana teruja untuk berpuasa penuh sepanjang Ramadan, ramai wanita muda, termasuk yang belum berkahwin datang membeli pil Primolut N. “Jualan pil itu meningkat sejak Ramadan bermula,” kata seorang ahli farmasi kepada akhbar Al-Watan. “Mereka tidak langsung memikirkan kesan sampingan itu. Kebanyakan mereka membelinya daripada ahli farmasi yang mereka kenal tanpa preskripsi,” katanya. Primolut N mengandungi bahan aktif norethisteron, produk hormon tiruan yang sama dengan hormon progesteron asli wanita. Ia digunakan untuk menundakan kedatangan haid dan merawat gangguan yang berkaitan dengannya, Seorang pekerja swasta, Ummu Faris berkata, dia memakan pil itu kerana tidak mahu tertinggal puasa. “Kerana sudah berumah tangga, saya tidak berdepan dengan masalah untuk membeli pil berkenaan,” katanya. Pakar sakit puan di Hospital Al-Ameen di Taif, Dr Hanan Oyara

REMAJA MENYAMAR JADI PUTERA RAJA

JEDDAH: Gara-gara menyamar putera raja, seorang remaja Saudi berusia 18 tahun diberkas polis di sebuah pusat beli-belah, semalam. Remaja terbabit yang tiba di pusat beli-belah itu memberitahu pengawal keselamatan di situ supaya menghormatinya kerana dia adalah seorang putera raja berprofil tinggi di Jeddah. Pengawal keselamatan yang curiga dengan penampilan remaja itu tanpa pengawal peribadi melaporkan hal itu kepada polis. Beberapa minit kemudian anggota polis tiba di pusat beli-belah itu dan menahan remaja berkenaan. Selepas disoal siasat, remaja terbabit mengaku berpura-pura menyamar sebagai putera raja. Remaja itu dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut. Menurut undang-undang Arab Saudi, seseorang yang melakukan kesalahan menyamar sebagai anggota keluarga diraja akan dipenjara tiga tahun dan didenda SR50,000 (RM42,464).- Agensi

PESAWAT KARGO TERHEMPAS PUTUS DUA

RIYADH: Sebuah pesawat kargo Lufthansa terbakar lalu putus dua ketika mendarat di lapangan terbang antarabangsa Riyadh, semalam. Jurucakap syarikat penerbangan terbabit melaporkan juruterbang dan pembantu juruterbang warga Jerman pesawat berkenaan mengalami kecederaan. Pesawat kargo MD-11 dilaporkan terhempas ketika melakukan pendaratan menyebabkan juruterbang berusia 39 tahun dan pembantu juruterbang, 29, terpaksa meninggalkan pesawat melalui gelongsor kecemasan. - AP

5 JUTA LEMBU UNTUK RAMADHAN

RIYADH: Kementerian Pertanian Arab Saudi merangka pelan bersepadu bagi memenuhi permintaan daging yang meningkat sempena Ramadan ini. Penolong Setiausaha kementerian itu, Jaber al-Shihri, berkata kerajaan mengimport lima juta lembu dan menubuhkan pasukan pemantau bagi memastikan ternakan itu selamat dimakan. “Semua bekalan hanya dibawa masuk apabila ia disahkan selamat dimakan,” katanya. - Agensi

6,000 PETUGAS SAMBUT TETAMU BULAN RAMADHAN

JEDDAH: Lebih 5,700 orang akan ditugaskan melayani jemaah umrah di Masjidil Haram sepanjang Ramadan ini. Timbalan Pengerusi Majlis Hal Ehwal Masjid, Nasser bin Muhammad Al-Khuzaim memberitahu Arab News semalam, di samping itu, lebih ramai ulama akan ditempatkan di masjid berkenaan untuk memberi nasihat agama dan menjawab soalan daripada jemaah. “Majlis sudah meluluskan rancangan Ramadan yang akan bermula pada penghujung Syaaban dan berterusan hingga pertengahan Syawal. “Rancangan itu bertujuan menyediakan suasana tenang untuk jemaah melakukan ibadah,” katanya. Dalam pada itu, kata Nasser, sentuhan terakhir kini dilakukan pada projek perluasan Masjidil Haram. Menurutnya, tempat melakukan saie setinggi lima tingkat kini sudah bersedia untuk menerima jemaah. Struktur itu termasuk tingkat bawah tanah dan bumbung. Katanya, penghadang kaca dipasang di sekitar Bukit Safa di tingkat bawah dan bawah tanah sementara beberapa kawasan bukit itu ditampal dengan filem lut sinar bagi menghalang o