Rayuanku...nak pergi haji

"Ustaz jika saya berdaftar esok nak pergi haji boleh!"
"Boleh..tapi barangkali tahun pergi haji pada tahun 1431 H atau 2031"

Terkulat-kulat lelaki separuh abad mendengar penjelasan ringkasku. Barangkali tak percaya apa yang dimakumkan.

"Tapi..ustaz macam tu tak sempatlah saya...."katanya dengan nada kecewa. Aku hanya mampu mengangguk kepala sahaja sebagai memberi reaksi pertanyaan lelaki tersebut. Tetapi jauh di sudut hati terasa simpati kepadanya.

"Begini tuan, urusan nak pergi haji bukan hak sesiapa, bukan hak tabung haji. dari segi proses biasa begitulah rupanya yakni tuan akan pergi tahun 1431.

"Bagaimanapun...cubalah buat rayuan kepada tabung haji. Cukupkan duit naik haji sebanyak RM 9,940.00. Kemudian buat surat rayuan nak pergi haji bagi musim ini. Dan hantar surat tersebut ke mana-mana pejabat tabung haji atau terus pergi ke ibu pejabat tabung haji bahagian pengendalian haji.

"Selepas itu, buat solat hajat dan berdoa kepadaNya semoga tuan dijemput sebagai tetamu untuk menunaikan fardhu haji tahun ini.."jelas daku kepadaNya.

Wajah lelaki itu, sedikit berseri seolah-olah lega dengan penjelasan ringkasku. "Terima kasih ustaz. Terima kasih banyak. Memang ikutkan hajat saya nak pergi tahun ini. Bila saya dengan kuliah haji terasa dekatnya hati saya dengan tanah haram."

"Alhamdulillah. Usahakan....Insyaallah.."kata daku sambil mendakap lelaki tersebut.

Penyegat: Emmm....jangan lupa haji mabrur...kadang-kadang dah dapat pergi haji lupa diri. Tiba di sana uha sana uha sini...

Comments

Popular posts from this blog

Sejarah kaabah dan sekitarnya

HARI NAHAR DAN HARI QARR

TAFSIR IBNU KATHIR BERKAITAN AYAT DALIL SAIE