Hakim Syariah kritik ulama Saudi
RIYADH: Perbalahan mengenai isu pergaulan tanpa sekatan antara lelaki dengan wanita di Arab Saudi bertambah hangat semalam, apabila seorang hakim mahkamah Syariah mengkritik seorang ulama konservatif kerana menyelar puak reformis yang menentang dasar pengasingan jantina. Hakim mahkamah jenayah Riyadh, Sheikh Issa al-Ghaith membidas ulama, Abdul Rahman al-Barrak kerana mengutuk sesiapa sahaja yang menyokong pemansuhan sekatan terhadap pergaulan antara lelaki dengan wanita yang bukan muhrim. "Apakah ertinya mengeluarkan fatwa yang sukar dilaksanakan dan membuat kenyataan yang menyebabkan orang menjauhkan diri? "Sesiapa yang tidak bersetuju dituduh hipokrit dan dicap sebagai munafik," kata Ghaith mengenai pendirian golongan konservatif. Meskipun Ghaith tidak menyebut nama, adalah jelas beliau bercakap mengenai Barrak, antara ulama konservatif terkemuka di Saudi. Barrak pada Februari lalu mengecap penentang dasar pengasingan jantina sebagai orang kafir yang