Posts

Showing posts from 2018

KISAH KEWAFATAN NABI ADAM A.S

Image
Nabi Adam Aalaihi Salam (AS)  merupakan manusia pertama yang dicipta oleh  Allah Subhanahu Wa Taala (SWT) Allah SWT  telah menciptakan  Nabi Adam AS  dengan tanganNya  (kekuasaan-Nya) , menempatkannya di syurga, memerintahkan kepada para malaikat untuk sujud kepadanya, mengajarkannya seluruh nama dan mengutamakannya dalam kalangan para malaikat. Iblis dikeluarkan dari syurga tatkala ia menolak untuk sujud kepada  Nabi Adam AS , dan kerana itu  Allah SWT  melaknat iblis.  Nabi Adam AS  ialah manusia pertama memuji  Allah SWT. Baginda AS  juga orang yang pertama diberi keampunan oleh  Allah SWT. Jabal Abi Qubais, Makkah Setelah kematian anaknya  Habil, Nabi Adam AS  meneruskan kehidupannya dan  Baginda AS  dikurniakan anak-anak yang lain.  Baginda AS  mengajarkan syariat yang dibawanya. Nabi Adam AS  menyumbangkan umurnya untuk anaknya yang bernama  Daud  selama 40 tahun, sedangkan umur  Nabi Adam AS  yang  Allah SWT  tentukan ialah 1000 tahun. Seperti yang diceritakan daripada  Ab

Sejarah Nabi Adam dan Hawa ke Bumi

Gunung Tertinggi Tempat Adam diturunkan ke Bumi Gunung Everest di Himalaya merupakan puncak gunung tertinggi di dunia. Puncaknya mencapai 8.848 meter dari permukaan laut. Menyebut nama Nabi Adam Alaihissalam (AS), maka akan terlintas dalam benak pikiran manusia, susuk manusia pertama yang cerdas (berakal) yang diciptakan Allah subhanahu wa taala . Kisah penciptaan Adam terdapat dalam surah Al-Baqarah, 2:30. ''Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat; ''Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.'' Mereka berkata: ''Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang-orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?'' Tuhan berfirman: '' Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.'' Selain ayat di atas, masih banyak lagi ayat-ayat Al-Quran yang menceritakan tentang kisah pencipt

Ganjaran Solat di Masjid Haram

Ganjaran Solat Di Masjid al-Haram Soalan: Apakah terdapat hadith berkaitan ganjaran pahala solat di masjid al-Haram? Jawapan : Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW. Masjid al-Haram (المسجد الحرام) merupakan sebuah masjid yang terletak di kota Makkah yang dilihat antara tempat yang suci bagi umat Islam di seluruh dunia. Masjid ini juga di dalamnya terletak rumah Allah iaitu baitullah atau dinamakan Ka'bah yang menjadi arah kiblat bagi seluruh umat Islam apabila ingin mengerjakan ibadah solat. Selain itu juga, nama masjid al-Haram disebut di dalam al-Qur’an di beberapa tempat, antaranya: • Firman Allah SWT: إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا وَيَصُدُّونَ عَن سَبِيلِ اللَّـهِ وَالْمَسْجِدِ الْحَرَامِ الَّذِي جَعَلْنَاهُ لِلنَّاسِ سَوَاءً الْعَاكِفُ فِيهِ وَالْبَادِ Maksudnya: “Sesungguhnya (amatlah zalim) orang-orang

SEHARUSNYA KITA SELALU MENANGIS

Nukilan: Ustaz Abu Isma’il Muslim Al-Atsari Pernahkah anda menangis yakni dalam keadaan sendirian, kerana takut siksa Allah Azza wa Jalla? Ketahuilah, sesungguhnya hal itu merupakan jaminan selamat dari neraka. Menangis kerana takut kepada Allah Azza wa Jalla akan mendorong hamba untuk selalu istiqâmah di jalan-Nya, sehingga akan menjadi perisai dari api neraka. Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: لاَ يَلِجُ النَّارَ رَجُلٌ بَكَى مِنْ خَشْيَةِ اللَّهِ حَتَّى يَعُوْدَ اللَّبَنُ فِي الضَّرْعِ وَلاَ يَجْتَمِعُ غُبَارٌ فِي سَبِيْلِ اللَّهِ وَدُخَانُ جَهَنَّمَ Bermaksud: "Tidak akan masuk neraka seseorang yang menangis karena takut kepada Allah sampai air susu kembali ke dalam teteknya. Dan debu di jalan Allah tidak akan berkumpul dengan asap neraka Jahannam."[1] MENGAPA HARUS MENANGIS? Seorang Mukmin yang mengetahui keagungan Allah Azza wa Jalla dan hak-Nya, setiasa melihat dirinya yang banyak lalai terhadap kewajiban dan mengingkari perintahNya. Dan amat khuatir do

Sejarah kaabah dan sekitarnya

Image
إِنَّ أَوَّلَ بَيْتٍ وُضِعَ لِلنَّاسِ لَلَّذِي بِبَكَّةَ مُبَارَكًا وَهُدًى لِّلْعَالَمِينَ ﴿٩٦﴾ Sesungguhnya Rumah Ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah Baitullah yang di Mekah yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayat bagi umat manusia. – Al- Imran, ayat 96. Sejarah Ka’bah Dikenali juga dengan nama Baitullahil Haram iaitu sebuah binaan batu yang tertua sekali di dunia yang dibina untuk tujuan ibadat. Kaabah adalah Kiblat bagi umat Islam menunaikan ibadah terutama ibadah solat. Tidak sah solat jika tidak menghadapkan wajah ke arah Kaabah yang merupakan kiblat bagi umat Islam. Ka’bah adalah bangunan suci Muslimin yang terletak di kota Mekkah di dalam Masjidil Haram. ia merupakan bangunan yang dijadikan patokan arah kiblat atau arah solat bagi umat Islam di seluruh dunia. Selain itu,ia merupakan bangunan yang wajib dikunjungi atau diziarahi ketika musim haji dan umrah. Ka’bah berbentuk bangunan kubus yang berukuran 12 x 10 x 15 meter . Ka

Arak dan kesan pada diri, keluarga dan masyarakat serta negara

Image
22/09/2017  Pengharaman arak dan kesan buruk akibat mengambilnya telah dijelaskan dalam ayat-ayat al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w. lebih 1400 tahun dahulu. Antara kesan-kesannya yang disebut ialah  berpaling daripada ketaatan kepada Allah seperti meninggalkan solat dan berani melakukan maksiat , boleh menghilangkan akal, serta menyebabkan kebencian dan permusuhan. Ayat-ayat Al Quran tentang pengharaman arak diturunkan dalam 4 peringkat dengan mengambilkira orang-orang yang masuk Islam ketika itu masih lagi kurang imannya dan agak sukar melepaskan tabiat kegemaran mereka ketika Jahiliyah. Tahap pertama mengatakan tentang adanya  kandungan alkohol  dalam anggur (An Nahl: 67), tahap kedua menyatakan tentang  mudharat minum arak  lebih besar daripada manfaatnya (Al Baqarah: 219), tahap ketiga pula tentang  larangan melakukan solat ketika mabuk  (An Nisaa’: 43) dan tahap keempat ialah penetapan terus  pengharaman arak  (Al Maidah: 90). Allah berfirman yang bermaksud, “Wahai orang ya