Posts

Showing posts from 2010

Bahaya Pil Tangguh Haid

TAIF: Semakin ramai wanita muda, khususnya yang belum berkahwin, memakan pil untuk menangguhkan kedatangan haid sepanjang bulan puasa. “Kerana teruja untuk berpuasa penuh sepanjang Ramadan, ramai wanita muda, termasuk yang belum berkahwin datang membeli pil Primolut N. “Jualan pil itu meningkat sejak Ramadan bermula,” kata seorang ahli farmasi kepada akhbar Al-Watan. “Mereka tidak langsung memikirkan kesan sampingan itu. Kebanyakan mereka membelinya daripada ahli farmasi yang mereka kenal tanpa preskripsi,” katanya. Primolut N mengandungi bahan aktif norethisteron, produk hormon tiruan yang sama dengan hormon progesteron asli wanita. Ia digunakan untuk menundakan kedatangan haid dan merawat gangguan yang berkaitan dengannya, Seorang pekerja swasta, Ummu Faris berkata, dia memakan pil itu kerana tidak mahu tertinggal puasa. “Kerana sudah berumah tangga, saya tidak berdepan dengan masalah untuk membeli pil berkenaan,” katanya. Pakar sakit puan di Hospital Al-Ameen di Taif, Dr Hanan Oyara

REMAJA MENYAMAR JADI PUTERA RAJA

JEDDAH: Gara-gara menyamar putera raja, seorang remaja Saudi berusia 18 tahun diberkas polis di sebuah pusat beli-belah, semalam. Remaja terbabit yang tiba di pusat beli-belah itu memberitahu pengawal keselamatan di situ supaya menghormatinya kerana dia adalah seorang putera raja berprofil tinggi di Jeddah. Pengawal keselamatan yang curiga dengan penampilan remaja itu tanpa pengawal peribadi melaporkan hal itu kepada polis. Beberapa minit kemudian anggota polis tiba di pusat beli-belah itu dan menahan remaja berkenaan. Selepas disoal siasat, remaja terbabit mengaku berpura-pura menyamar sebagai putera raja. Remaja itu dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut. Menurut undang-undang Arab Saudi, seseorang yang melakukan kesalahan menyamar sebagai anggota keluarga diraja akan dipenjara tiga tahun dan didenda SR50,000 (RM42,464).- Agensi

PESAWAT KARGO TERHEMPAS PUTUS DUA

RIYADH: Sebuah pesawat kargo Lufthansa terbakar lalu putus dua ketika mendarat di lapangan terbang antarabangsa Riyadh, semalam. Jurucakap syarikat penerbangan terbabit melaporkan juruterbang dan pembantu juruterbang warga Jerman pesawat berkenaan mengalami kecederaan. Pesawat kargo MD-11 dilaporkan terhempas ketika melakukan pendaratan menyebabkan juruterbang berusia 39 tahun dan pembantu juruterbang, 29, terpaksa meninggalkan pesawat melalui gelongsor kecemasan. - AP

5 JUTA LEMBU UNTUK RAMADHAN

RIYADH: Kementerian Pertanian Arab Saudi merangka pelan bersepadu bagi memenuhi permintaan daging yang meningkat sempena Ramadan ini. Penolong Setiausaha kementerian itu, Jaber al-Shihri, berkata kerajaan mengimport lima juta lembu dan menubuhkan pasukan pemantau bagi memastikan ternakan itu selamat dimakan. “Semua bekalan hanya dibawa masuk apabila ia disahkan selamat dimakan,” katanya. - Agensi

6,000 PETUGAS SAMBUT TETAMU BULAN RAMADHAN

JEDDAH: Lebih 5,700 orang akan ditugaskan melayani jemaah umrah di Masjidil Haram sepanjang Ramadan ini. Timbalan Pengerusi Majlis Hal Ehwal Masjid, Nasser bin Muhammad Al-Khuzaim memberitahu Arab News semalam, di samping itu, lebih ramai ulama akan ditempatkan di masjid berkenaan untuk memberi nasihat agama dan menjawab soalan daripada jemaah. “Majlis sudah meluluskan rancangan Ramadan yang akan bermula pada penghujung Syaaban dan berterusan hingga pertengahan Syawal. “Rancangan itu bertujuan menyediakan suasana tenang untuk jemaah melakukan ibadah,” katanya. Dalam pada itu, kata Nasser, sentuhan terakhir kini dilakukan pada projek perluasan Masjidil Haram. Menurutnya, tempat melakukan saie setinggi lima tingkat kini sudah bersedia untuk menerima jemaah. Struktur itu termasuk tingkat bawah tanah dan bumbung. Katanya, penghadang kaca dipasang di sekitar Bukit Safa di tingkat bawah dan bawah tanah sementara beberapa kawasan bukit itu ditampal dengan filem lut sinar bagi menghalang o

Haram haji guna visa umrah

JEDDAH: Menggunakan visa umrah untuk mengerjakan ibadah haji adalah haram, kata ulama terkenal Arab Saudi, Sheikh Abdul Mohsen Al-Obaikan. “Adalah haram bagi sesiapa yang tiba di negara ini dengan visa umrah untuk tinggal melebihi had yang dibenarkan sehingga musim haji untuk mengerjakan rukun Islam kelima itu,” kata Mohsen kepada akhbar Asharq Al-Awsat. Beliau yang juga Penasihat Diraja juga berkata, umrah seseorang yang datang ke negara itu untuk melakukan umrah adalah sah tetapi ia akan menjadi haram sekiranya dia tinggal melebihi had yang dibenarkan untuk mengerjakan haji. “Menurut syariah, tindakan tidak menghormati undang-undang dan peraturan sesebuah negara adalah haram. “Peraturan itu dibuat untuk kebajikan masyarakat Islam dari dalam dan juga luar Arab Saudi,” katanya. Menurutnya, mereka yang melawat negara itu mesti menggunakan visa untuk tujuan ia dikeluarkan. “Jika mereka diberikan visa untuk melakukan umrah, mereka perlu melakukan ibadah itu dan pu

Lelaki curi wang Masjid Nabawi ditahan

MADINAH: Seorang pekerja yang mencuri wang tunai SR90,000 (RM77,089) dari Masjid Nabawi minggu lalu berhasrat memulangkan wang berkenaan, semalam selepas didorong rasa bersalah.   Akhbar berbahasa Arab Al-Watan melaporkan, lelaki yang mencuri wang daripada peti simpanan di pejabat ketua unit pendidikan di masjid berkenaan muncul bagi memulangkan wang itu. Lelaki terbabit memberitahu dia memulangkan semula wang itu bagi pihak pencuri yang mengambilnya dan meminta pihak masjid tidak melaporkannya kepada polis. Bagaimanapun, ketua unit pendidikan masjid melaporkan kepada pihak berkuasa dan lelaki itu kemudiannya ditahan. Selepas sesi soal siasat, lelaki itu mengaku dia yang mencuri wang berkenaan. - Agensi

Ditinggal isteri angkara SMS

HAIL (Arab Saudi): Seorang lelaki Saudi, Fadae Attiq Al-Shamari ditinggalkan isteri gara-gara menerima mesej pesanan ringkas (SMS) berbentuk amaran kononnya dia mempunyai hubungan dengan wanita lain. Kejadian berlaku apabila Fadae menerima SMS daripada syarikat telekomunikasi yang berbunyi: “Pelanggan dihormati, antara prinsip utama dalam Islam ialah menjaga maruah. Kami ingin memaklumkan bersembang dengan wanita bukan mahram dilarang dalam Islam. Kami memberi amaran sekiranya anda melakukan larangan ini kami akan menamatkan perkhidmatan telefon anda. Kami juga akan mengambil tindakan undang-undang terhadap anda. Fadae yang menyangka SMS itu satu gurauan tertawa lalu menunjukkan kepada isterinya. Dia tidak menyangka tindakannya itu menyebabkan isterinya mengemas semua pakaian dan meminta dihantar pulang ke rumah ibu bapanya. - Agensi

600 keluarga Saudi terbiar

RIYADH: Persatuan Kebajikan Keluarga Saudi di luar negara (Awasir) melaporkan 598 keluarga Saudi ditinggalkan tanpa perlindungan di negara asing oleh ketua keluarga mereka. Dalam kenyataan kepada media, Kaunselor Awasir, Ali Al-Hinaki berkata keadaan itu berlaku disebabkan ketua keluarga berkenaan sakit, meninggal dunia, dipenjarakan atau gagal menunaikan tanggungjawab menjaga keluarga mereka. “Terdapat pasangan yang berkahwin di luar negara menghidap penyakit bahaya seperti Aids, hepatitis dan siflis,” kata Ali. Ali berkata terdapat juga kes membabitkan wanita asing yang berkahwin dengan warga Saudi bagi memperoleh kerakyatan Saudi tetapi tidak berhasrat mengekalkan perkahwinan mereka. “Apabila mereka mendapat kerakyatan Saudi, mereka bercerai dan kemudian mengahwini lelaki dari negara asal mereka. Kebanyakan lelaki tua warga Saudi yang berkahwin di luar negara pula ditipu bakal isteri atau ejen mencari jodoh semata-mata kerana harta dimiliki mereka. Menurut Ali,

Tyson menangis di Raudhah

MADINAH: Bekas juara tinju heavyweight dunia, Mike Tyson, kelihatan menangis ketika berada Raudah semalam dan menganggap dirinya bertuah kerana berada di satu daripada taman syurga. Lawatan Tyson ke Arab Saudi untuk mengerjakan umrah ditemani Ketua Persatuan Dakwah Kanada, Shahzad Muhammad. Kata Shahzad, Tyson menjadi begitu emosional ketika mengucapkan salam kepada Rasulullah (SAW) “Dia menangis lebih setengah jam ketika berdiri di depan makam Nabi sambil mengangkat tangannya. “Tyson terus berada di kawasan Raudah selama beberapa jam untuk bersolat, membaca al-Quran dan berzikir,” katanya, semalam. Dia kemudian menukar pakaian untuk mengenakan ihram sebagai persediaan mengerjakan umrah. Sementara itu, kedatangan Tyson menarik perhatian orang ramai yang berpusu-pusu untuk melihatnya dari dekat. Sesetengah pihak sanggup menunggu berjam-jam di hotel didiaminya berhampiran Masjid Nabawi semata-mata mahu mengambil gambarnya. Malah, dia terpaksa diiring pengawal keselamatan untuk ke

Larangan bawa makanan masuk ke Masjidil Haram

JEDDAH: Pengarah Hal Ehwal Masjidil Haram, Talal ibn Saleh Al-Thaqafi meminta jemaah supaya tidak membawa makanan, minuman dan bahan pakai buang ke dalam masjid bagi memelihara kesucian tempat ibadah berkenaan. Beliau juga meminta jemaah memberi kerjasama kepada pengawal yang bertugas di pintu masuk dan mematuhi peraturan supaya masjid kekal bersih untuk keselesaan jemaah. “Jemaah hanya dibenarkan membawa masuk sejumlah kecil kurma dan kopi Arab ke dalam Masjidil Haram,” jelas Talal kepada Arab News, semalam. Beliau memberitahu beg juga tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam masjid yang mempuinyai 176 pintu itu. Kerusi roda untuk orang kurang upaya dibenarkan. Sebelum ini, Talal mengadakan beberapa mesyuarat dengan kakitangannya bagi membincangkan persediaan menghadapi jumlah jemaah umrah yang dijangka bertambah pada musim panas dan Ramadan ini. - Agensi

Hakim Syariah kritik ulama Saudi

RIYADH: Perbalahan mengenai isu pergaulan tanpa sekatan antara lelaki dengan wanita di Arab Saudi bertambah hangat semalam, apabila seorang hakim mahkamah Syariah mengkritik seorang ulama konservatif kerana menyelar puak reformis yang menentang dasar pengasingan jantina.   Hakim mahkamah jenayah Riyadh, Sheikh Issa al-Ghaith membidas ulama, Abdul Rahman al-Barrak kerana mengutuk sesiapa sahaja yang menyokong pemansuhan sekatan terhadap pergaulan antara lelaki dengan wanita yang bukan muhrim. "Apakah ertinya mengeluarkan fatwa yang sukar dilaksanakan dan membuat kenyataan yang menyebabkan orang menjauhkan diri? "Sesiapa yang tidak bersetuju dituduh hipokrit dan dicap sebagai munafik," kata Ghaith mengenai pendirian golongan konservatif. Meskipun Ghaith tidak menyebut nama, adalah jelas beliau bercakap mengenai Barrak, antara ulama konservatif terkemuka di Saudi. Barrak pada Februari lalu mengecap penentang dasar pengasingan jantina sebagai orang kafir yang

PROJEK JABAL OMAR TARIK PELABUR MALAYSIA

MAKKAH - Projek Jabal Omar bernilai SR18.4 bilion (RM10.24 bilion) di sini menawarkan banyak potensi bagi para pelabur Malaysia terutama sekali di dalam bidang hartanah. Projek yang meliputi kawasan 22.8 hektar itu terletak berdekatan Masjidil Haram. Penasihat kepada Pengerusi Lembaga Pengarah Jabal Omar, Shuja Zaidi berkata, projek itu dilaksanakan mengikut permintaan pasaran iaitu daripada pasaran pertengahan rendah hingga pasaran paling mewah. "Apabila siap kelak, ia dijangka menempatkan 45,000 penduduk dan 150,000 jemaah sepanjang tahun. "Peningkatan jumlah bilik akan turut membolehkan penambahan bilangan ketibaan dari semua pasaran termasuk pasaran perantara yang kecil seperti Maghribi dan Sepanyol," katanya kepada Bernama selepas taklimat kepada delegasi Malaysia di sini baru-baru ini. Penyengat:..masa terbaik mujahid ekonomi Islam Malaysia mencari kelebihan tanah haram.

LARANGAN PENJUALAN AIR ZAMZAM

JEDDAH: Pihak berkuasa bandar raya ini mengulangi kenyataan mengharamkan penjualan air zamzam. Serentak dengan itu, ia meningkatkan pemeriksaan menerusi kempen bagi menghalang air itu daripada dijual di jalan raya dan kedai di sekitar bandar raya itu. Meskipun diharamkan, air itu masih dijual secara terbuka, termasuk di stesen minyak di lebuh raya antara Makkah dan Jeddah dan Jeddah dan Taif,” kata Pengarah Pengawasan Perdagangan pejabat Datuk Bandar,Sulaiman Al-Muhaimeed. - Agensi Penyegat:...air zamzam di Malaysia dijual mengambil kira kos pengangkutan udara dan darat di samping upah menguruskannya...

Rayuanku...nak pergi haji

"Ustaz jika saya berdaftar esok nak pergi haji boleh!" "Boleh..tapi barangkali tahun pergi haji pada tahun 1431 H atau 2031" Terkulat-kulat lelaki separuh abad mendengar penjelasan ringkasku. Barangkali tak percaya apa yang dimakumkan. "Tapi..ustaz macam tu tak sempatlah saya...."katanya dengan nada kecewa. Aku hanya mampu mengangguk kepala sahaja sebagai memberi reaksi pertanyaan lelaki tersebut. Tetapi jauh di sudut hati terasa simpati kepadanya. "Begini tuan, urusan nak pergi haji bukan hak sesiapa, bukan hak tabung haji. dari segi proses biasa begitulah rupanya yakni tuan akan pergi tahun 1431. "Bagaimanapun...cubalah buat rayuan kepada tabung haji. Cukupkan duit naik haji sebanyak RM 9,940.00. Kemudian buat surat rayuan nak pergi haji bagi musim ini. Dan hantar surat tersebut ke mana-mana pejabat tabung haji atau terus pergi ke ibu pejabat tabung haji bahagian pengendalian haji. "Selepas itu, buat solat hajat dan berdoa kepadaNya

HAJI MUSIM 1431H

MULAI bulan lalu, Tabung Haji Malaysia (LUTH) telahpun mengeluarkan surat kepada 'bakal-bakal jemaah haji (JH)' bagi musim 1431H. Seperti biasa, jumlah kouta yang diperuntukan oleh kerajaan Arab Saudi kepada Malaysia seramai 26,000 orang sahaja. Setakat ini, tidak diberitakan sebarang perubahan dari segi pengurusan pemergian JH yang dikeluarkan oleh Kementerian Haji Arab Saudi. Ini bermakna pada tahun ini masih menggunakan kaedah musim haji 1430H iaitu penggunaan passport antarabangsa dan suntikan H1N1 di samping suntikan manigococal yang merupakan wajib diambil oleh setiap JH. Untuk pengetahuan JH, pada tahun lalu cara semakan visa di kaunter imigresen Arab Saudi begitu ketat sehingga cop jari 10 digunapakai dan wajah JH dan mata ditangkap dan disimpan dalam sistem perkomputeran mereka. Insyaalllah, kaedah tersebut akan kekal dan digunapakai pada tahun ini. Sekiranya kaedah ini kekal, bererti JH perlu bersedia dari segi psikologi untuk menghadapi proses pemeriks