Posts

Showing posts from April, 2012

'Berjuang' ke tanah suci

MENGHAIRANKAN. Mengapa perlu bersusah payah 'menyabung nyawa' menaiki motosikal ke Tanah Suci Mekah sedangkan kemajuan semasa menawarkan perkhidmatan yang lebih mudah, jimat, cepat dan selesa.  Perjalanan menuju ke Baitullah itu yang mengambil masa kira-kira hanya lapan hingga sembilan jam menerusi laluan udara tidak digunakan sebaliknya memilih laluan darat yang berliku serta memakan masa hampir dua bulan perjalanan. Panas terik, hujan lebat, laluan berdebu, cuaca sejuk melampau dan pelbagai cabaran di luar jangkaan perlu diharungi sepanjang perjalanan nekad ditempuh demi menyahut seruan Ilahi mengerjakan ibadat umrah berbanding daripada hanya duduk dan menanti waktu tiba. Kos puluhan ribu ringgit perlu dikorbankan, pekerjaan dan keluarga juga ditinggalkan bagi mengikuti kembara ke tanah suci melalui darat dengan merentasi 12 buah negara. Pastinya orang lebih memilih untuk mengunakan kemudahan sedia ada agar dapat menunaikan kewajipan dalam rukun Islam kelima itu dengan se

TAMBANG NAIK HAJI 1433H KEKAL RM9,980

SEPANG 19 April - Kuota 28,000 jemaah haji dari Malaysia dan kadar bayaran RM9,980 bagi menunaikan fardu haji dikekalkan pada tahun ini walaupun kos penginapan di hotel-hotel berhampiran Masjidil Haram meningkat sebanyak 15 peratus.  Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom ( gambar ) berkata, persetujuan itu dicapai dalam mesyuarat dengan Menteri Haji dan Wakaf Arab dua hari lalu.  ''Malaysia satu-satunya negara yang mendapat keistimewaan kuota 0.1 peratus daripada jumlah penduduk untuk menunaikan haji. ''Negara-negara lain diberikan kuota berdasarkan jumlah penduduknya yang beragama Islam,'' katanya kepada pemberita di sini hari ini. Menurut Jamil Khir, pengekalan kuota haji itu memberi kelegaan kepada ramai jemaah haji di Malaysia yang diletakkan dalam senarai menunggu sehingga memakan masa bertahun-tahun lamanya. Kerajaan, katanya, memberi jaminan tiada sebarang kenaikan tambang mengerjakan ibadat haji, bagaimanapun individu