Posts

Showing posts from July, 2023

HUKUM HAKAM TAWAF WADA'

HUKUM SELFIE SELEPAS TAWAF WADA' Soalan: Seorang yang sudah tawaf wada’ kemudian mengambil gambar atau ber selfie  dalam keadaan terlupa kemudian tersedar lantas ditutup  handphone nya. Adakah dikenakan dam? Jawapan: Alhamdulillah, kami rafa’kan syukur kepada-Nya, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi SAW, keluarganya, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkahnya hingga Hari Kiamat. Dalam permasalahan ini, kami nyatakan dahulu makna tawaf wada’: Tawaf wada’ merupakan pekerjaan terakhir yang wajib dilakukan sebelum meninggalkan Mekah setelah selesai segala urusan-urusan haji dan umrah bagi pendapat muktamad mazhab syafie. Kami nyatakan pendapat ulama 4 mazhab berkenaan hukum melakukan tawaf wada’ dengan sebab musafir: Mazhab Maliki dan Syafie : Wajib melakukan tawaf wada’ jika ingin melakukan perjalanan musafir dari Mekah, walaupun ia penduduk Mekah sekiranya jarak tersebut boleh mengqasarkan solat. [1] Mazhab Hanafi dan Hanbali : Wajib melakukan tawaf wada’ sekiranya t