Resolusi Keputusan Muzakarah Haji 2010



RESOLUSI MUZAKARAH HAJI PERINGKAT KEBANGSAAN
DITERBITKAN BAHAGIAN BIMBINGAN HAJI
TABUNG HAJI




Penyataan :  
(Resolusi Hendaklah Dibaca Bersama Kertas Kerja Yang 
Dibentangkan Semasa Muzakarah)  
RESOLUSI MUZAKARAH HAJI PERINGKAT KEBANGSAAN 
KALI KE 20 MUSIM HAJI 1425H 
10 - 12 MEI 2004 

KERTAS KERJA PERTAMA 
TAJUK  : TAYAMMUM DAN WUDU’ SOHIBUL JABIRAH SERTA 
PERMASALAHANNYA

1 - Menurut pendapat Muqabil al-Azhar dalam Mazhab Syafi’ie,  
pendapat al-Hanafiyah dan al-Malikiyah, Sohibul Jabirah hanya perlu 
membasuh anggota wuduknya yang sihat dan menyapu pada 
jabirahnya. Adalah digalakkan untuk melakukan i’adah (mengulangi) 
solat yang dilakukan dengan wuduk sohibul jabirah.



KERTAS KERJA KEDUA 
TAJUK  : PERMASALAHAN IBADAT HAJI DAN UMRAH YANG PERLU 
DIBINCANGKAN SEMULA

1- Wangian yang dilarang di dalam ihram ialah sesuatu yang bersifat 
wangian dan digunakan dengan tujuan untuk berwangi-wangian.

2 - Wangian yang dipakai sebelum menggunakan ihram adalah wangian 
yang disapu pada tubuh badan. Ia tidak menjadi larangan walaupun 
baunya kekal sehingga berada di dalam ihram.

3 - Sandal yang ada ikatan di sebelah belakang harus (boleh) digunakan 
ketika di dalam ihram.

4 - Solat jama’ tanpa qasar di Arafah dan Muzdalifah adalah sunnah 
Rasulullah Saw kerana nusuk.

5 - Muhassir adalah sebahagian dari Mina dan sah bermabit di tempat 
berkenaan.

6 - Menurut Mazhab Syafi’ie tempoh berada di Makkah selepas Tawaf 
Wada’ adalah mengikut uruf, iaitu jemaah dalam tempoh menunggu 
keberangkatan ke Jeddah/Madinah dan mereka dalam keadaan 
membuat persediaan untuk keluar dari Makkah. Manakala menurut 
Mazhab Hanafi tiada tempoh tertentu bagi seseorang untuk berada di 
Makkah setelah melaksanakan Tawaf Wada’.

7 - Guru Agama hendaklah mengelakkan diri daripada menyampaikan 
sesuatu yang tiada sandaran nas syara’ kepada jemaah haji yang 
dibimbing.

KERTAS KERJA KETIGA 
TAJUK  : KEMUSYKILAN IBADAT HAJI DARIPADA JEMAAH HAJI 
MALAYSIA PADA MUSIM HAJI 1424 HIJRAH 

1. Seseorang yang masuk ke dalam al-Masjidil Haram disunatkan 
mengerjakan Tawaf Baitullah sebagai Tahiyyatul Bait, namun 
seseorang itu juga  boleh melaksanakan Solat Sunat Tahiyyatul 
Masjid.

KERTAS KERJA KEEMPAT 
TAJUK  : ADAB MENJELASKAN HUKUM 

1. Tugas penjelas hukum adalah satu tugas yang mulia kerana setiap 
hukum yang dijelaskan menjadi pedoman hidup manusia. Namun 
mereka yang ingin mengeluarkan hukum perlulah  memiliki 
persediaan ilmu yang mendalam dan keahlian yang cukup untuk 
berbuat demikian.

2. Untuk menjelaskan hukum seseorang itu hendaklah memiliki ciri-ciri 
berikutnya, di antaranya :-

       2.1 Menguasai hukum syarak secara jelas ataupun mengetahui punca 
yang boleh  

              didapati hukum berkenaan.

       2.2 Mengetahui dan memahami realiti yang ditanya dan dinyatakan 
oleh penyoal.

       2.3 Mengetahui kesan hukum terhadap perkara yang ditanyakan.


3. Untuk menjelaskan hukum, seseorang mestilah memahami kaedah 
umum menjelaskan hukum, agar hukum yang disampaikan mudah  
diterima dan difahami oleh mereka yang bertanya. Di antara kaedah 
tersebut ialah bebas daripada asabiah, bercakap dengan bahasa 
semasa, menghindari perkara yang tidak bermanafaat, bersikap 
pertengahan dan hukum tersebut mestilah dijelaskan secukupnya serta 

ianya memudahkan bukan menyusahkan.
4 . Mereka yang ingin menjelaskan hukum mestilah memiliki adab-adab 
selaku pembimbing, di mana dengan adanya adab-adab ini setiap 
pembimbing akan tawadhuk dengan ilmunya dan apa yang dijelaskan  
oleh mereka akan lebih mudah difahami.



KERTAS KERJA KELIMA 
TAJUK  : IBADAT HAJI : HUKUM DAN SYARAT WAJIB HAJI 

1. Mengerjakan haji bagi mereka yang berkemampuan boleh dilewatkan, 
dengan syarat hendaklah ada pada setiap individu muslim keazaman 
untuk melaksanakan ibadat haji itu pada masa hadapan dan ia 
berkeyakinan bahawa keselamatan dan kesihatan dirinya terjamin 
pada masa tersebut.

2. Seseorang yang murtad dan sebelumnya dia telah mengerjakan haji, 
kemudian dia bertaubat dan kembali ke pangkuan Islam, maka 
menurut pendapat di dalam Mazhab Syafi’ie tidak wajib ke atasnya 
lagi mengerjakan ibadat haji, kerana murtad tidak menggugurkan 
amalan-amalan yang telah dilakukannya ketika di dalam Islam 
dahulu.

3. Suami tidak wajib membelanjakan wangnya bagi membiayai 
pemergian isterinya ke Tanah Suci kerana perbelanjaan tersebut tidak 
termasuk sebagai nafkah yang wajibdiberikan kepada seorang isteri, 
namun bagi suami yang berkemampuan digalakkan membawa 
isterinya pergi menunaikan haji.



Penyataan :
(Resolusi Hendaklah Dibaca Bersama Kertas Kerja Yang 
Dibentangkan Semasa Muzakarah)
RESOLUSI MUZAKARAH HAJI PERINGKAT KEBANGSAAN 
KALI KE 21 MUSIM HAJI 1426H 
5 – 7 JUN 2005 

KERTAS KERJA PERTAMA 
TAJUK  : PANDANGAN MAZHAB DALAM KES BATAL WUDUK : 
PENDAPAT PILIHAN BERDASARKAN MASLAHAT JEMAAH HAJI

1 - Rukhsah adalah keringanan yang Allah berikan  kepada umat Islam 
dalam melaksanakan perintah-perintah Allah di saat-saat ada darurah, 
masyaqqah atau haajah. 
Azimah pula ialah suatu kemestian melaksanakan perintah atau 
hukum Allah dalam apa keadaan sekalipun.
2 - Memilih pendapat selain Mazhab Syafi’ie atau menerima pendapat 
marjuh dalam Mazhab Syafi’ie di dalam melaksanakan ibadat 
boleh dianggap sebagai satu keringanan atau rukhsah.
3 - Dalam isu batal wuduk ketika mengerjakan tawaf, maslahat jemaah 
haji dapat dijamin, masyaqqah dan haraj mereka seperti kesesakan di 
tempat tawaf yang boleh menyebabkan berlaku persentuhan lelaki dan 
perempuan, ianya dapat dihindarkan dengan beralih dari pendapat 
Syafi’ie yang masyhur dan berpegang kepada pendapat marjuh 
dalam Mazhab Syafi’ie.
4 - Jemaah Haji boleh menggunakan pendapat yang mengatakan  tidak 
batal wuduk jika berlaku persentuhan lelaki dan perempuan 
tanpa syahwat, berdasarkan hal-hal berikut :
4.1 Ianya adalah pendapat yang paling sederhana.
4.2 Fuqaha  Mazhab Syafi’ie pun ada yang berpendapat sedemikian 
sebagaimana yang disebut oleh Ibn Suraij dan al-Rafi’ie.
4.3 Pendapat tersebut ialah pendapat yang paling tepat dengan 
maqasid syariah dan menepati ruh syariah.

KERTAS KERJA KEDUA 
TAJUK  : SYARAT-SYARAT ISTITO’AH (BERKEMAMPUAN) BAGI JEMAAH 
HAJI WARGA EMAS UNTUK MENUNAIKAN IBADAT HAJI DAN 
UMRAH

1 - Kewajipan menunaikan ibadat haji tidak akan gugur bagi golongan 
berikut : 
1.1 Terlalu tua
1.2 Penyakit yang tidak ada harapan sembuh
1.3 Penyakit yang teruk
Oleh itu wajib ke atas mereka menggantikan dengan badal haji jika 
mereka mampu membiayai kos mengerjakan haji semasa hayatnya. 8
2 - Pengiring warga emas atau orang yang hilang upaya seperti buta atau 
pun bisu hendaklah diberi penerangan khusus terhadap 
tanggungjawab besar mereka kepada jemaah yang akan diringi. 
3 - Apabila berlaku kematian seseorang yang belum sempat mengerjakan 
haji semasa hayatnya sedangkan dia sudah mampu mengerjakan haji, 
maka ahli warisnya berkewajipan menolak jumlah yang mencukupi 
untuk badal hajinya sebelum harta peninggalan tersebut diagihkan 
mengikut faraid.

KERTAS KERJA KETIGA 
TAJUK  : BEBERAPA PERMASALAHAN IBADAT DI MINA DAN MUZDALIFAH 
SERTA PENYELESAIANNYA

1 - Hukum bermabit di Muzdalifah adalah salah satu daripada wajib haji 
menurut pendapat al-Asah, bukannya rukun sebagaimana menurut alSubki dan bukannya sunat sebagaimana pendapat al-Rafi’ie.
2 - Tempat Muzdalifah bermula dari dua ma’zamai (banjaran) Arafah 
hingga sampai ke Qarn (tanduk lengkungan) Muhassir. Qarn 
Muhassir  ialah tempat  di sebelah kanan dan kiri tempat berkenaan. 
Tempat belakang, hadapan, lembah dan perbukitan kawasan itu 
semuanya adalah termasuk Muzdalifah.9
3 - Berdasarkan proses perluasan Mina di  al Marhalah al-Thalithah, 
yang mana sebahagiannya termasuk dalam kawasan Muzdalifah 
berdasarkan persempadanan yang ditentukan oleh Kerajaan Arab 
Saudi, maka ia sah bermabit di Muzdalifah pada malam 10 Zulhijjah 
dan di tempat yang sama sah bermabit di Mina pada malam 11, 12, 
dan 13 Zulhijjah kerana ia merupakan sambungan khemah di Mina.
4 - Mulai Musim Haji 1425 Hijrah, pihak kerajaan Arab Saudi telah 
membuat pembangunan semula jamarat dan kawasan sekitarnya 
untuk tujuan keselamatan jemaah haji. Para pengkursus haji 
disarankan agar menggunakan istilah jamrah seperti berikut supaya 
tidak timbul kekeliruan di kalangan jemaah haji ketika melaksanakan 
ibadat melontar jamarat, iaitu :-
4.1 Al-Jamratul Ula ditukar kepada Jamrah al-Sughro
4.2 Al-Jamratul Wustho (kekal) dan
4.3 Jamratul Aqabah ditukar kepada Jamratul Kubro
5 - Jemaah haji wajib patuh kepada kebijaksanaan  Amirul Haj iaitu 
Kementerian Haji Arab Saudi di dalam mengatur urusan haji.10
.
KERTAS KERJA KEEMPAT 
TAJUK  : HUKUM BERMABIT DI MINA BAGI JEMAAH HAJI YANG TIDAK 
DIPERUNTUKKAN TEMPAT DI MINA

1 - Para Ulama Mazhab al-Syafi’ie telah memasukkan mereka yang 
mempunyai keuzuran, hajat dan menghadapi masalah sebagai 
termasuk dalam golongan  ﺍﻝﻡﻉﺩﻭﺭﻱﻥ ﻡﻥ sama seperti ﺍﻝﻉﺏﺍﺱ ﺱﻕﺍﻱﺓkerana 
berlaku ’illah yang sama yang mengakibatkan ﺍﻝﻉﺏﺍﺱ ﺱﻕﺍﻱﺓ diberikan 
rukhsah oleh Nabi saw.
2 - Qiyas yang memasukkan orang yang menghadapi masalah sama 
seperti  ﺍﻝﻉﺏﺍﺱ ﺱﻕﺍﻱﺓ dan  ﺍالبل ﺭﻉﺍء yang dilakukan oleh para ulama 
mazhab al-Syafi’ie menunjukkan bahawa tidak ada had bagi bentuk 
masalah yang menggugurkan kewajipan bermabit di Mina.
3 - Oleh yang demikian jemaah haji yang tidak diperuntukkan khemah 
untuk bermabit di Mina adalah digugurkan daripada melaksanakan 
kewajipan berkenaan dan tidak dikenakan apa-apa dam, ibadat haji 
mereka adalah sah dan tidak berdosa kerana mereka adalah termasuk 
golongan ﺍﻝﻡﻉﺩﻭﺭﻱﻥ    sama seperti ﺍﻝﻉﺏﺍﺱ ﺱﻕﺍﻱﺓ yang diberikan rukhsah 
oleh Nabi Muhammad saw untuk tidak bermabit di Mina.

KERTAS KERJA KELIMA 
TAJUK  : KEMUSYKILAN IBADAT HAJI DARIPADA JEMAAH HAJI MALAYSIA 
MUSIM HAJI 1425H DAN JAWAPANNYA

1 - Seseorang jemaah haji yang terbatal wuduknya ketika mengerjakan 
tawaf boleh menyambung semula tawafnya di tempat yang terbatal 
wuduknya, tetapi seelok-eloknya di penjuru al-Hajarul Aswad.
2 - Jemaah Haji yang uzur yang tidak dapat melontar dengan sendiri 
boleh mewakilkan kepada orang lain melontar untuk dirinya, samaada
sebelum masa melontar atau masa melontar; sebaik-baiknya ialah 
wakil setelah masuk masa melontar.

KERTAS KERJA KEENAM 
TAJUK  : KAIFIAT MENUNAIKAN SOLAT KETIKA MUSAFIR DAN SOLAT 
JEMAAH

1 - Seseorang Jemaah Haji tidak lagi boleh melaksanakan solat secara 
jama’ dan qasar setelah ia sampai samada di Tanah Suci Makkah atau 
Madinah, sekiranya jumlah hari ia akan tinggal di situ melebihi tempoh 
yang mengharuskan jama’ dan qasar.
2 - Jemaah Haji diharuskan menunaikan Solat Maghrib dan Isya’ secara 
Jama’ Ta’khir tanpa qasar di Muzdalifah jika mereka bertolak pada 
waktu Maghrib daripada Arafah.
3 - Ketika dalam musafir, seperti dalam penerbangan atau sebagainya 
sekiranya tidak  dibenarkan menggunakan air untuk berwuduk dan 
menggunakan debu untuk bertayammum demi untuk menjaga 
keselamatan, seseorang itu tetap wajib mengerjakan solat pada 
waktunya tanpa bersuci sebagaimana dalam keadaan  ﺍﻝﻁﻩﻯﺭﻱﻥ ﻕﺩ  ﻑﺍ, 
kerana menghormati waktu.
4 - Dalam menunaikan  solat secara berjamaah seseorang itu perlulah 
memahami syarat-syarat sah mengikut imam seperti dalam keadaan 
berikut :-
4.1 Imam dan makmum berada dalam masjid
4.2 Imam dan makmum berada di tempat lapang.
4.3 Imam dan makmum dalam bangunan bukan masjid
4.4 Imam atau makmum dalam masjid dan seorang lagi di luar masjid
5 - Pengkursus Haji perlulah menjelaskan kepada bakal haji berhubung 
penjagaan solat ketika menunaikan Ibadat Haji dan syarat-syarat sah 
mengikut imam, seperti menunaikan solat berjamaah di Padang 
Arafah dan di Mina ketika berada di dalam khemah dan sebagainya.

Penyataan :  
(Resolusi Hendaklah Dibaca Bersama Kertas Kerja Yang 
Dibentangkan Semasa Dalam Muzakarah)  
RESOLUSI MUZAKARAH HAJI PERINGKAT KEBANGSAAN 
KALI KE 22 MUSIM HAJI 1427H 
05 -07 MEI 2006 

KERTAS KERJA PERTAMA 
TAJUK  : PERMASALAHAN HAID DAN IBADAT HAJI
1 - WARNA KEKUNINGAN DAN KERUH YANG KELUAR SELEPAS HARI 
KEBIASAAN HAID
Ashab al-Syafi’ie sepakat mengatakan bahawa darah  berwarna 
kekuningan dan keruh yang keluar pada hari kebiasaan haid dikira 
sebagai darah haid.
Pendapat sebahagian al-Syafi’ieyyah pula berpendapat warna darah 
kekuningan dan keruh yang keluar selepas hari kebiasaan haid tidak 
dikira sebagai haid.  Disarankan jemaah haji wanita yang 
menghadapi masalah seperti tidak dapat melakukan Tawaf 
Rukun kerana terpaksa pulang ke Malaysia atau bertolak ke 
Madinah dan tidak ada pilihan maka haruslah berpegang kepada 
pendapat ini.
2 - PERINGKAT USIA MENOPOUS
Darah yang keluar selepas putus haid bagi wanita yang telah tiada 
haid selama 6 bulan dan lebih, dalam keadaan biasa dikira haid, ini 
berdasarkan kepada pandangan al- Syafi’ieyyah.14
Jika wanita tersebut menghadapi masalah seperti tidak dapat 
melakukan  Tawaf Rukun kerana terpaksa pulang ke Malaysia atau 
bertolak ke Madinah dan tidak ada pilihan maka ia dikira sebagai 
darah Istihadhah, ini bertaqlidkan kepada pandangan al-Hanabilah, alMalikiah dan al-Hanafiah.

KERTAS KERJA KEDUA 
TAJUK  : KEMUSYKILAN IBADAT HAJI MUSIM HAJI 1426H
1 - TAWAF WADA’ (SOALAN 2)
PENYERAGAMAN ISTILAH

Penyeragaman menggunakan istilah  ’TAWAF WADA’ kepada 
semua Pengkursus Ibadat Haji semasa penyampaikan ceramah.
URUF SELEPAS TAWAF WADA’
Uruf adalah mengikut hari seperti berikut :         
1. Hari Jumaat (Bagi bas yang akan bertolak di antara pukul 2 
hingga 3 petang)
Uruf selepas Tawaf Wada’ ialah 4-5 jam. Contohnya, jadual bertolak 
(keluar Makkah) pada pukul 2 atau 3 petang maka jemaah haji 
dibolehkan bertawaf pada pukul 10.00 pagi.
2. Hari Sabtu hingga Khamis dan Jumaat (Bagi bas yang 
bertolak selain waktu di atas)
Uruf selepas Tawaf Wada’ ialah 2-3 jam. Contohnya, jadual bertolak 
(keluar Makkah) pada pukul 6 petang maka jemaah haji dibolehkan 
bertawaf pada pukul 03.00 petang.15
Sekiranya terdapat permasalahan seperti perubahan jadual bertolak 
(keluar Makkah) maka uruf masa (samada perlu diulang semula 
Tawaf Wada’ atau tidak) adalah mengikut panduan seperti di atas.
2 - PERINCIAN HAJAT (HAJIYAT) DALAM PERKARA YANG 
BOLEH DILAKUKAN SELEPAS TAWAF WADA’
1. Makan dan minum sekadar keperluan di dalam bilik penginapan di 
hotel (maktab).
2. Qada Hajat dalam tandas di bilik penginapan.
3. Mengambil  beg dan barang    yang    diletakkan dalam  bilik 
penginapan.
4. Mencari isteri, keluarga atau rakan yang hilang.
5. Mencari harta yang hilang
6. Melawat  atau  membawa  orang sakit  (kes kecemasan) ke hospital 
atau klinik.
   Tambahan terkini: 
7. Mandi atau menukar pakaian (Muzakarah Haji 1432H)
8.Mengambil gambar dalam tempoh menunggu kenderaan sahaja
(Muzakarah Haji 1432H)16

KEDUDUKAN PETUGAS HAJI MELAKSANAKAN TAWAF WADA’
Sekiranya terdapat keterbatasan masa mahupun tempat untuk petugas 
haji untuk mengerjakan Tawaf Wada’, sedangkan kerja yang hendak 
dilaksanakan itu amat penting demi kemaslahatan awam/jemaah haji 
(perkara Darurat dan Hajiyat) dan perlu bersegera maka tidak salah 
sekiranya pendapat kedua di dalam Mazhab al-Syafi’ie  digunapakai 
iaitu hukum mengerjakan Tawaf Wada’ adalah sunat (mustahab) dan 
sunat membayar dam.

KERTAS KERJA KETIGA 
TAJUK  : LARANGAN DI DALAM IHRAM DAN DAM

1 - Suami atau isteri yang berada dalam ihram boleh berpimpinan tangan 
ketika masyaqqah dan keperluan jika persentuhan tidak menimbulkan 
syahwat.
2 - Tidak rosak (fasad) Haji dan tidak dikenakan dam sekiranya jemaah 
haji melakukan hubungan jenis dalam keadaan lupa atau dipaksa atau 
jahil.
Perbincangan ini adalah merujuk kepada  kitab  – Mughni 
Muhtaj, Juz 1, m/s 702, cetakan Dar al-Fikr dan Kitab al-Idhah fi 
Manasik Haj dan Umrah, m/s 173, Maktab al-Imdadiyyah, 
cetakan Dar al-Basyaair.

KERTAS KERJA KEEMPAT 
TAJUK  : BADAL HAJI

1 - Jika orang yang bukan di Makkah (afaqiy) mengupah orang Makkah 
dan dia bermiqat di Makkah (maksudnya bukan miqat orang yang 
mengupah) maka menurut pendapat yang disepakati kebanyakan 
ulama’, dikenakan dam  isa’ah ke atasnya serta dikurangkan upah. 
Manakala salah satu pendapat yang  muqabilnya sepertimana
dihuraikan oleh al-Muhib al-Tabariy bahawa tidak diwajibkan sesuatu 
ke atasnya kerana Makkah itu miqat sharie.
2 - Memperakukan pembentangan laporan ’Post Mortem’ Operasi Haji 
bertajuk Pendekatan Terbaik Mengatasi Jemaah Haji Lanjut Usia 
yang Nyanyuk Apabila Sampai di tanah suci seperti berikut :
Dementia ada tiga peringkat :
A. Mild (Ringan)
B. Moderate (Sederhana)
C. Severe (Teruk)
A. Severe (Teruk)
a. Mudah terlupa (kerap hilang barang, lupa pesanan atau 
temujanji)
b. Kurang daya tumpuan untuk membaca.
c. Pekerjaan harian mungkin tidak seelok dulu (masakan 
kurang sedap, rumah kurang bersih).
d. Kadangkala terlupa waktu sembahyang atau samada dia 
sudah sembahyang atau belum.
e. Tapi masih boleh ingat bacaan dan rukun sembahyang.
f. Susah mengingati nama kawan walaupun kenal muka 
mereka.
g Susah mengingati jalan yang baru, boleh sesat.
h. Ingatan semasa muda masih kuat dan suka bercerita 
kisah-kisah lama.
i. Masih waras dan boleh buat keputusan yang wajar.

RUMUSAN:
Boleh mengerjakan haji tetapi memerlukan pengawasan dan 
peringatan oleh saudara yang terdekat.
B. Moderate Dementia (Sederhana)
a. Hilang ingatan yang bertambah serius.
b. Mudah lupa perkara yang baru sahaja berlaku.
c. Susah mengenali orang lain.
d. Tidak mengingati kediaman sendiri.
e. Kadangkala merayau keluar rumah dan tidak tahu jalan balik 
(sesat).
f. Mungkin bermasalah menahan kencing dan buang air besar 
(incontinence).
g. Mungkin mengalami psikosis (mendengar suara ghaib,
nampak bayangan).
h. Mempunyai tingkah laku yang menyusahkan (degil dan 
ganas).
i. Sembahyang pada waktu yang salah.
j. Perlu peringatan dan pengawasan tentang waktu sembahyang, 
mandi 
RUMUSAN
Tidak dibenarkan mengerjakan ibadat haji.
C. Severe Dementia (Teruk)
Semua tanda-tanda penyakit adalah lebih teruk dari peringkat 
sederhana.
a. Masalah pertuturan yang tidak jelas. 
b. Susah untuk memahami suruhan yang diberi.
c. Susah untuk melakukan pekerjaan yang senang seperti mandi 
atau makan.
d. Tidak mengingati waktu dan cara sembahyang yang betul
e. Masalah pergerakan  – mudah terjatuh, perlu dipimpin dan 
tidak berdiri tegak sendiri.
f. Masalah psikosis dan tingkah laku yang di luar kawalan 
(ganas).
g. Tidak kisah tentang alam sekeliling.
h. Tiada motivasi untuk melakukan aktiviti harian.
i. Susah tidur dan merayau-rayau di waktu malam.

RUMUSAN
Tidak dibenarkan mengerjakan ibadat haji.

TAJUK: PERINCIAN DAN RUANG LINGKUP DALAM QAUL MARJUH 
PANDANGAN MAZHAB SHAF’IE

1 - Perincian dan ruanglingkup  dalam Qaul Marjuh pandangan Mazhab 
Syafi’ie dalam perkara tidak membatalkan wuduk ketika bersentuh 
tanpa syahwat ketika tawaf akan diluaskan penggunaannya bermula 
dari tempat penginapan (Makkah sahaja) seterusnya hingga ketika di 
dalam Masjid Haram.
Perkara ini juga boleh digunapakai ketika berada dalam keadaan 
masyaqqah seperti menaiki pesawat atau bas sepanjang tempoh 
mengerjakan haji (Makkah dan Madinah).
Sah diguna pakai untuk tawaf dan sebagainya selagi  wuduk tidak 
terbatal mengikut Mazhab Syafi’ie contohnya, seperti keluar sesuatu 
daripada Qubul atau Dubur.

2 - KAIFIYAT SOLAT DI ARAFAH DAN MINA DILAKSANAKAN 
SECARA TAMAM DAN JAMA’

Mesyuarat telah mengambil maklum berhubung  masyaqqah semasa 
di Arafah dan Mina bagi Jemaah Haji. Pertimbangan dibuat setelah 
merujuk kepada kemudahan asas seperti tempat wuduk dan tandas
yang amat terhad, telah menimbulkan pelbagai kesulitan dikalangan 
jemaah haji khususnya jemaah haji warga emas

Mesyuarat mengambil maklum dan bersetuju faktor-faktor di atas 
telah menyumbang supaya jemaah haji mulai Musim Haji 1427H 
dibenarkan melaksanakan solat secara Jama’ semasa berada di Arafah 
dan Mina. Ini berdasarkan kepada masyaqqah dan mengikut pendapat 
harus jama’ kerana nusuk. 

Penyataan :  
(Resolusi Hendaklah Dibaca Bersama Kertas Kerja Yang 
Dibentangkan Semasa Dalam Muzakarah)  
RESOLUSI MUZAKARAH HAJI PERINGKAT KEBANGSAAN 
KALI KE 23 MUSIM HAJI 1428H 
20 – 22 APRIL 2007 

KERTAS KERJA PERTAMA 
TAJUK  : PERMASALAHAN DAM KAFARAH DAN FIDYAH DALAM 
IBADAT HAJI

1 - Berdasarkan kekeliruan mengenai perkataan  qurban yang 
dibincangkan dalam bab Haji Tamattu’ seperti yang terdapat pada 
buku dan risalah yang diedarkan oleh kerajaan Arab Saudi kepada 
jemaah haji, perkataan  qurban tersebut bermaksud Dam Tamattu’. 
Perkara ini perlu diperjelaskan kepada jemaah haji semasa kursus 
haji.
2 - Dalam proses penyempurnaan Dam Nusuk (al-An’am)  TH hanya 
bertindak sebagai wakil melaksanakan dam.
3 - Nilai secupak beras bagi dam ialah mengikut harga pasaran semasa.
Kebiasaan antara SR4.00 ke SR5.00 untuk secupak beras (pernah 
digunapakai dalam penyelarasan semasa musim haji)   
              
KERTAS KERJA KEDUA 
TAJUK  : PERANAN HAJI DALAM MEMBANGUNKAN MODAL INSAN

1 - Pengkursus Ibadat Haji perlu memberi penekanan mengenai tazkiyyah 
al-nafs dalam bimbingan haji.
2 - Hikmah dan falsafah perlu dikaitkan dalam penerangan setiap rukun 
dan wajib haji bagi memberi keberkesanan dan melahirkan semangat 
yang tinggi dalam jiwa setiap jemaah haji.
3 - Pengkursus Ibadat Haji hendaklah sentiasa memperingatkan jemaah 
haji supaya menjaga ibadat mereka.

KERTAS KERJA KETIGA 
TAJUK  : SOAL JAWAB KEMUSYKILAN IBADAT HAJI MUSIM HAJI 1427H

1 - Seseorang yang berihram dengan Umrah Sunat selepas ihram Umrah 
Tamattu’ oleh sebab didapati halangan-halangan yang tidak 
membolehkan penyempurnakan Tawaf Umrah seperti kedatangan 
haid bagi perempuan pada 8 Zulhijjah sebelum ke Arafah, dibenarkan 
dia berniat haji, bererti hajinya jadilah Haji Qiran. Maka hanya 
dikenakan satu dam sahaja iaitu Dam Tamattu’. Ini merujuk kepada 
pendapat al-Subkiy dan al-Isnawiy dan lain-lain.
2 - Selipar/sandal yang boleh dipakai semasa dalam ihram bagi lelaki 
hendaklah menampakkan tumit dan kesemua hujung jari kaki.23
3 - Had muka wanita ketika tawaf dan solat adalah seperti berikut, 
batasan lebar muka bagi seseorang wanita bermula dari anak telinga 
kiri hingga anak telinga kanan, batasan memanjang muka ialah dari 
gigi rambut hingga ke bawah dagu (termasuk tulang rahang) (tidak 
mengapa jika tertutup sedikit bahagian muka kerana menutup kepala 
dalam ihram).
4 - Bulu yang tumbuh di kawasan muka wajib basuh kesemua sekali 
ketika berwuduk.
5 - Dataran  yang terdapat di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi tidak 
dikira sebagai sebahagian daripada masjid.

KERTAS KERJA KELIMA 
TAJUK  : MENUNAIKAN HAJI MELALUI PEMBIAYAAN/PINJAMAN 
INSTITUSI KEWANGAN

1 - Harus bagi orang yang berhutang melalui skim pinjaman  wang 
daripada institusi kewangan untuk menunaikan fardhu haji atau 
umrah sekiranya diyakini mampu membayar balik hutang  tersebut 
dan tidak menjejaskan kehidupan normal seseorang. Walau 
bagaimanapun tertakluk kepada syarat-syarat berikut :  
1.1 tidak ada unsur riba;
1.2 mempunyai pendapatan yang melebihi sara diri serta orang yang 
dalam  tanggungan untuk melunaskan hutang atau perbelanjaan 
mengerjakan haji;24
1.3 kemudahan   yang   diambil   hendaklah   benar-benar  atas  dasar 
menyegerakan perlaksanaan perintah Allah, bukan sekadar 
memenuhi keinginan untuk berkunjung dan berekreasi bersama 
keluarga ke tanah suci.

Penyataan :  
(Resolusi Hendaklah Dibaca Bersama Kertas Kerja Yang 
Dibentangkan Semasa Dalam Muzakarah)  
RESOLUSI MUZAKARAH HAJI PERINGKAT KEBANGSAAN 
KALI KE 24 MUSIM HAJI 1429H 
11 – 13 APRIL 2008 

KERTAS KERJA PERTAMA 
TAJUK  : PERMASALAHAN WAS-WAS DI KALANGAN JEMAAH HAJI 
DAN JALAN PENYELESAIAN

1 - Jemaah haji hendaklah memahami hukum-hakam ibadat haji dengan 
sempurna.
2 - Syak yang memberi kesan ialah syak ketika sedang melakukan ibadat, 
adapun syak selepas melakukan ibadat tidak diambilkira.
3 - Selepas mengerjakan ibadat, jangan mengelamun dan melayani 
perasaan was-was.

KERTAS KERJA KEDUA 
TAJUK  : PERMASALAHAN IBADAT HAJI MUSIM HAJI 1428H

1 - Ucapan takbir semasa melontar Jamrah Kubra Hari Nahar boleh 
dilafazkan seperti takbir raya.
2 - Penyelesaian permasalahan wanita haid yang tidak sempurna tawaf 
hendaklah diselesaikan mengikut kedudukan setiap masalah satu 
persatu (permasalahan semasa yang dirujuk)

KERTAS KERJA KETIGA 
TAJUK  : PERMASALAHAN DAIM HADATH DALAM MENYEMPURNAKAN 
IBADAT HAJI
1 - Jemaah haji yang mengalami  daim hadath, apabila masuk waktu 
hendaklah membersih kotoran, kemudian membalut tempat berkenaan 
dengan kemas seterusnya berwuduk seterusnya terus bersolat.
2 - Kadar segera (muwalat) yang dimaksudkan tidak termasuk persediaan 
untuk solat seperti menutup aurat, azan dan iqamat, menunggu 
jemaah, perjalanan ke masjid dan penentuan arah kiblat tetapi bukan 
kerana makan, berbual atau seumpamanya. 
3 - Setiap kali hendak berwuduk wajib ditukar balutan (bagi luka atau 
bisul) atau lampin dan seumpamanya (bagi istihadah, buasir dan salas 
al-bawl) yang baru.
4 - Niat tersebut ” Sahaja aku berwuduk untuk mengharuskan solat / 
tawaf”. (Terkini : Muzakarah Haji 1432H  – memadai dengan 
sahaja aku berwuduk kerana Allah ta’ala)
5 - Setiap kali wuduk hanya untuk satu ibadat fardhu sahaja tetapi boleh 
untuk beberapa sunat.
6 - Jika  salas boleh dikawal dengan keadaan duduk maka wajib 
melakukannya dalam keadaan sedemikian tanpa perlu diulangi ibadat 
tersebut.

KERTAS KERJA KEEMPAT 
TAJUK  : NAZAR DALAM IBADAT HAJI

1 - Nazar untuk menunaikan haji fardhu ataupun umrah fardhu tidak sah.
2 - Orang yang bernazar untuk menunaikan haji pada tahun tertentu 
tetapi dihalang oleh pihak berkuasa, tidak wajib menunaikan dan 
tidak wajib qadha’.
3 - Lintasan hati untuk menunaikan sesuatu hajat tidak dikira nazar jika 
tidak dilafazkan serta memenuhi syarat nazar.
4 - Nazar bukan sesuatu amalan yang digalakkan kerana Nabi 
Muhammad sendiri tidak pernah bernazar.
5 - Nazar tidak boleh dijadikan alasan untuk mendesak pihak berkuasa 
meluluskan permohonan menunaikan haji. Keadaan tersebut 
menafikan hak orang yang sepatutnya diberi keutamaan menunaikan 
haji.
6 - Nazar tidak boleh dijadikan alasan oleh pihak yang berkepentingan 
untuk menjanjikan jemaah haji mendapat tempat mengerjakan ibadat 
haji.

Penyataan :  
(Resolusi Hendaklah Dibaca Bersama Kertas Kerja Yang 
Dibentangkan Semasa Dalam Muzakarah)  
RESOLUSI MUZAKARAH HAJI PERINGKAT KEBANGSAAN 
KALI KE 25 MUSIM HAJI 1430H 
3 – 5 APRIL 2009 

KERTAS KERJA PERTAMA 
TAJUK  : RAHSIA KEROHANIAN DISEBALIK IBADAT HAJI

1 - Kandungan kertas kerja ini akan dijadikan sebahagian daripada modul 
kursus haji.

KERTAS KERJA KEDUA 
TAJUK  : KEPUTUSAN JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN 
BERHUBUNG HUKUM HAKAM IBADAT

1 - Hukum sembahyang jama’ kerana menjalani rawatan penyakit kronik 
yang memakan masa yang lama seperti menjalani rawatan 
hemodialisis bagi penyakit buah pinggang dan seumpamanya adalah 
harus.
2 - Pesakit yang  menggunakan beg kolostomi dikategorikan sebagai 
mereka yang mengalami masalah dharurat dan tidak dianggap sebagai 
menanggung najis. Oleh itu, mereka tidak perlu mengosong atau 
membersihkan beg kolostomi pada setiap kali berwuduk atau 
menunaikan solat. (Begitu juga hukumnya dalam permasalahan 
tawaf).29
3 - Pesakit yang mengidap penyakit kronik yang tidak ada harapan 
sembuh seperti sakit buah pingggang yang menjalani rawatan 
hemodialisis dan seumpamanya tidak wajib menunaikan ibadat haji.
Pesakit kronik adalah wajib melaksanakan badal haji sekiranya 
berkemampuan daripada sudut kewangan dan sekiranya telah sembuh 
daripada sakit kronik, individu tersebut wajib menunaikan ibadat haji 
jika berkemampuan.

KERTAS KERJA KETIGA 
TAJUK  : PEMBESARAN AL-MAS’A : HUKUMNYA

1 - Sah mengerjakan sa’ie di mas’a yang telah diperlebarkan.

KERTAS KERJA KEEMPAT 
TAJUK  : SOAL JAWAB KEMUSYKILAN IBADAT HAJI MUSIM HAJI 1429H

1 - Persoalan yang terdapat dalam kertas kerja ini akan dijadikan 
sebahagian daripada buku Soal Jawab Haji dan Umrah.
2 - Perlu diberi penjelasan kepada jemaah yang ingin membawa anaknya 
yang belum berkhitan untuk menunaikan ibadat haji dan umrah 
supaya berkhitan.
3 - Jemaah haji yang telah berwuduk dan solat secara duduk atau berdiri 
dalam pesawat tanpa menghadap ke arah qiblat atau menghadap ke 
arah qiblat tetapi tidak tetap kerana pergerakan pesawat adalah 
diwajibkan mengulangi semula solat jika masih ada waktu atau perlu 
diqada’ jika telah luput waktu semasa tiba di destinasi yang dituju. 30
Ini kerana jemaah tersebut melakukan solat dalam keadaan tidak 
menghadap ke arah qiblat secara tetap, ini hanya bagi kes solat fardhu 
sahaja.

KERTAS KERJA KELIMA 
TAJUK  : PELAKSANAAN HAJI DAN UMRAH TANPA MAHRAM ,HUKUMNYA?

1 - Harus bagi wanita menunaikan haji atau umrah sunat tanpa kehadiran 
suami atau mahram dengan syarat :.
1.1 Jika bersuami hendaklah mendapat izin suami dan bagi yang tiada 
suami hendaklah dengan izin walinya;
1.2 perjalanan dan tempat yang hendak dituju adalah aman dan tidak 
menimbulkan fitnah;
1.3 adanya rakan wanita  thiqat dan solehah, sekurang-kurangnya 
seorang teman yang dipercayai; dan
1.4 hendaklah dengan tujuan semata-mata kerana ibadat kepada Allah 
SWT.

TAJUK  : SOLAT DI ARAFAH, MINA DAN MUZDALIFAH

1 - Dibolehkan Solat Jamak di Arafah, Mina dan Muzdalifah secara 
tamam (sempurna) kerana keperluan disebabkan   masyaqqah yang 
dihadapi oleh jamaah haji. Pendapat ini dikemukan adalah 
berdasarkan pendapat Ibn Sirin, al-Qafal al-Kabir al-Syasyi, Abi 
Ishaq al-Marwazi yang menyatakan harus jamak solat semasa 
bermuqim/tidak musafir kerana keperluan (al-Hajat)
(Lihat Abu Zakariya Yahya bin Syaraf al-Nawawi,  Raudah alTalibin, Beirut, dar al-Kutub al-Ilmiah juz 1, halaman 503. Lihat juga 
al-Nawawi, Kitab al-Majmuk Syarh al-Muhazab, Dar Ihya’ al-Turath, 
juz 4, halaman 264)

TAJUK  : SOLAT MENGHORMATI WAKTU

 Bagi seseorang yang tidak mampu berwuduk dan bertayyamum 
disebabkan tidak boleh mengguna air dan debu mengikut qaul alSahih Mazhab Syafiyyah wajib solat dalam keadaan tidak berwuduk. 
Wajib mengulangi solatnya. Melaksanakan fardhu solat dalam 
keadaan tersebut adalah darurah untuk menjaga kehormatan waktu 
solat (kefardhuan solat)
(al-Nawawi, Kitab al-Majmuk Syarh al-Muhazzab, Dar Ihya’ alTurath, juz 2, halaman 322-323)32

Penyataan :  
(Resolusi Hendaklah Dibaca Bersama Kertas Kerja Yang 
Dibentangkan Semasa Dalam Muzakarah)  
RESOLUSI MUZAKARAH HAJI PERINGKAT KEBANGSAAN 
KALI KE 26 MUSIM HAJI 1431H 
04 - 07 MAC 2010 

KERTAS KERJA PERTAMA 
TAJUK  : PEMERKASAAN HIDUP KEROHANIAN DALAM MASA 
MELAKSANAKAN IBADAT HAJI

1 - Menjadikan kertas kerja ini sebagai bahan bacaan tambahan dalam 
membincangkan  falsafah haji. Cadangan supaya ditambah sebagai 
satu tajuk khas dalam kursus haji.
2 - Pembimbing Ibadat Haji hendaklah membimbing jemaah haji dengan 
menggunakan bahasa yang jelas dan terang supaya mudah difahami.
3 - Pembimbing Ibadat Haji hendaklah menunaikan amanah ini dengan 
ikhlas dan selaras dengan keputusan muzakarah haji peringkat 
kebangsaan 
4 - Pembimbing Ibadat Haji hendaklah menyedari dirinya sebagai 
muallim yang menyampaikan ilmu yang betul, muaddib yang 
mendidik adab dengan halus dan murabbi  yang meningkatkan 
peribadi anak didiknya.

KERTAS KERJA KEDUA 
TAJUK  : WAKALAH HAJI DAN UMRAH, QURBAN SERTA 
PERMASALAHANNYA

1 - Perkara-perkara yang boleh diwakilkan dalam kerja haji dan umrah 
ialah melontar jamrah dan pelaksanaan dam. Perkara-perkara lain 
yang tidak boleh diwakilkan antaranya ialah seperti niat ihram, tawaf, 
sa’ie, wuquf dan mabit.
2 - Wakalah Qurban hanya boleh dilakukan bagi orang yang masih hidup 
dengan izinnya. Walaubagaimanapun bapa dan datuk sebelah bapa 
boleh melakukan qurban untuk anak atau cucu yang belum baligh, di 
bawah perwaliaannya yang masih hidup.
3 - Qurban untuk si mati hanya boleh  dilakukan apabila diwasiatkan. 
Manakala qurban untuk si mati tanpa diwasiatkan boleh dilakukan 
dengan niat berkongsi pahala dengannya.
4 - Perbelanjaan Badal Haji Wajib tidak terbatas kepada 1/3 harta 
peninggalan si mati.

KERTAS KERJA KETIGA 
TAJUK  : BAIK BURUK PETUGAS HAJI YANG TIDAK MELAKSANAKAN 
HAJI SEMASA BERTUGAS DI TANAH SUCI

1 - Petugas Haji  TH mencontohi golongan  Siqayah Abbas yang 
menjalankan tugasan menjaga kebajikan  minuman para jemaah haji 
yang turut melaksanakan  ibadat haji. Rasulullah SAW tidak 
menghalang mereka daripada menunaikan ibadat haji bahkan mereka 
diberi kelonggaran untuk tidak bermabit di Muzdalifah dan Mina 
disebabkan menjaga kebajikan jemaah haji.
2 - Memasuki Tanah Haram Makkah tanpa berihram adalah satu perkara 
yang dibenci Allah, bagaimanakah Petugas Haji TH hendak mendapat 
keberkatan dan memohon pertolongan Allah sedangkan dalam masa 
yang sama mereka melakukan perkara yang tidak disukai oleh Allah.
3 - Petugas Haji TH melaksanakan tugas merupakan satu insentif untuk 
anggota bekerja dengan lebih tekun dan dalam masa yang sama dapat 
meningkatkan imej TH.
4 - Kesimpulan daripada ini muzakarah bersetuju agar Petugas Haji TH 
yang bertugas di Tanah Suci hendaklah digalakkan supaya 
menunaikan ibadat haji.

KERTAS KERJA KEEMPAT 
TAJUK  : LARANGAN IHRAM : KEFAHAMAN MAKSUD PEMAKAIAN 
SELIPAR (KASUT) YANG MENAMPAKKAN SEMUA JARI KAKI 
ATAU TIDAK

1 - Selipar yang mesti dipakai oleh jemaah haji lelaki semasa dalam 
ihram hendaklah mengeluar dan menzahirkan kesemua hujung jari 
jemari kakinya dan kesemua tumit.

KERTAS KERJA KELIMA 
TAJUK  : PERMASALAHAN PILIHAN MUSIM HAJI 1430H

1 - Umrah sunat yang fasad wajib diqada. Manakala umrah sunat yang 
tidak dapat disempurnakan kerana ihsar tidak wajib diqada’.
2 - Tiga (3) keadaan niat ihram bersyarat bagi jemaah haji wanita :
                     Yang dibolehkan : 
2.1. Dalam keadaan tidak berhaid dia berniat ihram dengan 
menyertakan syarat ”Sekiranya aku kedatangan haid dan 
haidku berterusan sehingga tarikh pulang maka jadi halallah 
aku”
2.2 Dalam keadaan berhaid dia berniat ihram dengan 
menyertakan syarat ”Jika haid aku berterusan sehingga tarikh 
pulang maka jadi halallah aku”36
                     Yang Tidak Dibolehkan : 
2.3 Dalam keadaan tidak berhaid dia berniat ihram kemudian 
ketika didatangi haid dia berkata ”Jika haidku berterusan 
sehingga tarikh pulang maka jadi halallah aku”
3 - Ihram bersyarat tidak digalakkan bagi niat ihram haji.
4 - Jemaah yang pergi ziarah ke tempat yang jarak jauh perjalanan 2 
marhalah (lebih kurang 91 kilometer) dan ke atas hendaklah 
melakukan Tawaf Wada’.
5 - Jemaah yang memakai beg kolostomi dikategorikan sebagai orang 
yang mengalami  masalah  dharurat  dan tidak dianggap sebagai 
menanggung najis. Wuduk yang diambil oleh pesakit harus digunakan 
untuk melaksanakan semua ibadat termasuk menunaikan solat fardu 
sehingga wuduk tersebut terbatal.
Walau bagaimanapun semasa di Tanah Suci dinasihatkan agar dia 
mengosong beg tersebut apabila hendak menunaikan solat di masjid 
atau tawaf kerana dibimbangi jika terlalu banyak takungan ia menjadi 
berat dan berkemungkinan pecah atau tiris dalam masjid semasa 
tawaf atau solat.

KERTAS KERJA KEENAM 
TAJUK  : HAID DAN PERMASALAHAN JEMAAH HAJI WANITA – DARI 
PERSPEKTIF PERUBATAN

1 - Adalah lebih baik bagi jemaah wanita yang tidak menghadapi 
sebarang masalah haid menghindari daripada mengambil pil penahan 
haid.
2 - Jika terdapat permasalahan haid hendaklah dirujuk kepada pakar sakit 
puan sebaik-baiknya tiga bulan sebelum berangkat ke Tanah Suci.38

Penyataan :  
(Resolusi Hendaklah Dibaca Bersama Kertas Kerja Yang 
Dibentangkan Semasa Dalam Muzakarah)  
         RESOLUSI MUZAKARAH HAJI PERINGKAT KEBANGSAAN 
KALI KE 26 MUSIM HAJI 1432H 
18 - 21 FEBRUARI 2011 

KERTAS KERJA PERTAMA 
TAJUK  : PERMASALAHAN IBADAT HAJI PADA MUSIM HAJI 1431 HIJRAH

1 - Jemaah haji lelaki yang tidak wajib menunaikan solat jumaat  kerana 
uzur syar’ie tidak perlu menunggu sehingga selesai solat jumaat di 
masjid yang berhampiran untuk menunaikan solat zohor, dan sah 
solat wanita berjemaah dengan berimamkan lelaki yang uzur tersebut.
2 - Mengikut pandangan Mazhab Shafie tidak sah seseorang berimam 
dengan imam di Al-Masjid Al-Haram sedangkan ia berada di 
bangunan yang berasingan seperti hotel, dan makmum terpaksa 
membelakangkan kiblat untuk menuju kepada imam walaupun dalam 
jarak yang berhampiran dengan masjid.
3 - Berwirid panjang selepas melaksanakan Tawaf Wada’ menyebabkan 
batal Tawaf Wada’, berlainan dengan doa panjang tidak membatalkan 
Tawaf Wada’.39
4 - Terdapat dua (2) hukum mengenai mengambil gambar selepas Tawaf 
Wada’ iaitu :
4.1. Tidak boleh  mengambil gambar di sekitar Al-Masjid AlHaram dan sepanjang perjalanan balik ke tempat penginapan 
atau tempat menunggu kenderaan kerana tidak ada kaitan 
dengan urusan perjalanan.
4.2 Boleh, jika sekiranya dilakukan dalam jangka masa sambil 
menunggu kedatangan kenderaan.
5 - Solat Menghormati Waktu bagi Faqid Tohurayn (mereka yang tidak 
dapat bersuci menggunakan air atau secara bertayammum) ketika 
musafir boleh dijama’kan secara jama’ takhir sahaja dan qasar (Rujuk 
Kitab Mughni al- Muhtaj, Bab Solat Musafir. Juz 1, Muka Surat 370. 
Cetakan Pertama - Dar al-Fikr 2001)  
6 - Disarankan kepada Pembimbing Ibadat Haji menela’ah semua 
Resolusi Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan yang telah 
diputuskan dengan muktamad dan rujukan bimbingan haji cetakan 
terkini.

KERTAS KERJA KEDUA 
TAJUK  : HAID DAN ISTIHADAH : HURAIAN BERDASARKAN KITAB 
MUGHNI AL-MUHTAJ DAN BUGHYAH AL-TULLAB

Haid ialah darah yang keluar dari rahim wanita pada waktu-waktu tertentu 
ketika berumur sembilan tahun Qamariyah ke atas.   
Istihadah ialah darah keluar selepas tempoh maksimum haid dan nifas. Ia 
disebabkan penyakit atau kerosakan urat yang berada di bawah rahim.   
Sebagai panduan untuk memudahkan Pembimbing Ibadat Haji membantu 
jemaah haji mengenalpasti perkara-perkara berkaitan darah haid dan 
istihadah, Pembimbing Ibadat Haji hendaklah memahami bahawa wanita 
yang mengalami istihadah terbahagi kepada kategori berikut;
- Wanita pertama kali mengalami hadi ada 2 kategori, iaitu :
i- Dapat membezakan warna darah.
ii- Tidak dapat membezakan warna darah
- Wanita yang biasa mengalami haid ada 5 kategori, iaitu :
i- Mengenal pasti tempoh dan waktu datang haid, tetapi tidak 
dapat membezakan warna darah.
ii- Mengenal pasti tempoh dan waktu datang haid, tetapi dapat 
membezakan warna darah.41
iii-Tidak mengenal pasti tempoh dan waktu datang haid.
iv- Tidak mengenal pasti tempoh haid tetapi mengenal pasti waktu 
datang haid.
v- Tidak mengenal pasti waktu datang haid tetapi mengenal pasti 
tempoh haid.

KERTAS KERJA KETIGA 
TAJUK  : KEKERAPAN MENUNAIKAN HAJI ,SATU ANALISA

1 - Berdasarkan  fiqh awlawiyat, demi meraikan peruntukan kuota 
hendaklah memberikan keutamaan kepada orang yang belum pernah 
mengerjakan haji.
2 - Mendapatkan kuota haji dikira sebagai syarat istito’ah.

KERTAS KERJA KEEMPAT 
TAJUK  : PELAKSANAAN IBADAT HAJI MEMBAWA KEPADA PEMERKASAAN 
TAMADUN KHAIRA UMMAH

1 - Berdasarkan  fiqh awlawiyat, demi meraikan peruntukan kuota 
hendaklah memberikan keutamaan kepada orang yang belum pernah 
mengerjakan haji.
2 - Mendapatkan kuota haji dikira sebagai syarat istito’ah.

Popular posts from this blog

Sejarah kaabah dan sekitarnya

HARI NAHAR DAN HARI QARR

TAFSIR IBNU KATHIR BERKAITAN AYAT DALIL SAIE