5 JUTA LEMBU UNTUK RAMADHAN
RIYADH: Kementerian Pertanian Arab Saudi merangka pelan bersepadu bagi memenuhi permintaan daging yang meningkat sempena Ramadan ini.
Penolong Setiausaha kementerian itu, Jaber al-Shihri, berkata kerajaan mengimport lima juta lembu dan menubuhkan pasukan pemantau bagi memastikan ternakan itu selamat dimakan. “Semua bekalan hanya dibawa masuk apabila ia disahkan selamat dimakan,” katanya. - Agensi
Comments
Post a Comment