Apa itu Tanah Haram dan Tanah Suci?

Apa itu Tanah Haram?

Satu kawasan bumi yang Allah s.w.t. muliakan dan memiliki beberapa kelebihan dan larangan tertentu di samping menjadi tempat ibadah manusia seluruh dunia.

حَدَّثَنَا إِسْحَقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ الْحَنْظَلِيُّ أَخْبَرَنَا جَرِيرٌ عَنْ مَنْصُورٍ عَنْ مُجَاهِدٍ عَنْ طَاوُسٍ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ الْفَتْحِ فَتْحِ مَكَّةَ لَا هِجْرَةَ وَلَكِنْ جِهَادٌ وَنِيَّةٌ وَإِذَا اسْتُنْفِرْتُمْ فَانْفِرُوا وَقَالَ يَوْمَ الْفَتْحِ فَتْحِ مَكَّةَ إِنَّ هَذَا الْبَلَدَ حَرَّمَهُ اللَّهُ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ فَهُوَ حَرَامٌ بِحُرْمَةِ اللَّهِ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَإِنَّهُ لَمْ يَحِلَّ الْقِتَالُ فِيهِ لِأَحَدٍ قَبْلِي وَلَمْ يَحِلَّ لِي إِلَّا سَاعَةً مِنْ نَهَارٍ فَهُوَ حَرَامٌ بِحُرْمَةِ اللَّهِ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ لَا يُعْضَدُ شَوْكُهُ وَلَا يُنَفَّرُ صَيْدُهُ وَلَا يَلْتَقِطُ إِلَّا مَنْ عَرَّفَهَا وَلَا يُخْتَلَى خَلَاهَا فَقَالَ الْعَبَّاسُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِلَّا الْإِذْخِرَ فَإِنَّهُ لِقَيْنِهِمْ وَلِبُيُوتِهِمْ فَقَالَ إِلَّا الْإِذْخِرَ 
و حَدَّثَنِي مُحَمَّدُ بْنُ رَافِعٍ حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ آدَمَ حَدَّثَنَا مُفَضَّلٌ عَنْ مَنْصُورٍ فِي هَذَا الْإِسْنَادِ بِمِثْلِهِ وَلَمْ يَذْكُرْ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَقَالَ بَدَلَ الْقِتَالِ الْقَتْلَ وَقَالَ لَا يَلْتَقِطُ لُقَطَتَهُ إِلَّا مَنْ عَرَّفَهَا

Hadis riwayat Ibnu Abbas رضي الله عنه, ia berkata: Pada hari penaklukan kota Makkah, Rasulullah صلی الله عليه وسلم bersabda: Tidak ada lagi hijrah, tetapi yang ada ialah jihad dan niat. Apabila kamu digerakkan untuk berperang, maka bergeraklah. 

"Dan pada hari penaklukan kota Makkah itu juga beliau bersabda: Sesungguhnya negeri ini telah diharamkan Allah sejak hari Ia menciptakan langit dan bumi, maka ia menjadi tanah haram kerana pengharaman dari Allah sampai hari kiamat. 

"Dan sesungguhnya di negeri ini tidak pernah dihalalkan berperang untuk seorang pun sebelumku dan itu juga tidak dihalalkan bagiku kecuali selama beberapa saat saja di waktu siang hari. Kerana ia adalah tanah haram dengan pengharaman dari Allah sampai hari kiamat.

"Pohonnya yang berduri tidak boleh ditebang, haiwan buruannya tidak boleh dibunuh dan barang tercicir tidak boleh dipungut kecuali bagi orang yang mengumumkan serta rumputnya juga tidak boleh dipotong. 

Abbas berkata: Kecuali tumbuhan izkhir wahai Rasulullah, kerana bermanfaat untuk tukang besi dan rumah-rumah mereka. Rasulullah صلی الله عليه وسلم menjawab: Ya, kecuali tumbuhan izkhir" - Hadis marfu', mutawatir (H.R Muslim)


Ulasan hadis di atas:
Berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. di atas, menceritakan tentang Makkah yang mempunyai keluasan 540km persegi dimuliakan dan diadakan beberapa larangan yang mesti dipatuhi - haram untuk melakukannya iaitu, haram berperang; menebang, mencabut dan memusnahkan pokok dan tumbuhan; memburu, membunuh binatang buruan; mengambil barang tercicir kecuali diisytiharkan kepada khalayak; dan mencabut rumout.

Justeru itu setiap orang yang memasuki Makkah perlu mematuhi larangan khusus ini atau disebut juga sebagai larangan tanah haram.  Jika melakukannya sudah pastilah berdosa dan dikenakan kifarah tertentu.

Selain itu, setiap orang yang masuk ke Makkah perlu berpakaian ihram sama ada mahu melakukan umrah ataupun haji kecuali kepada mereka diputuskan seperti mereka yang memberi kemudahan kepada penduduk makkah (menghantar bekalan makanan atau menguruskan orang haji atau umrah dan sebagainya). 

لَهُ قُلْتُ لِمَالِكٍ أَحَدَّثَكَ ابْنُ شِهَابٍ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍأَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دَخَلَ مَكَّةَ عَامَ الْفَتْحِ وَعَلَى رَأْسِهِ مِغْفَرٌ فَلَمَّا نَزَعَهُ جَاءَهُ رَجُلٌ فَقَالَ ابْنُ خَطَلٍ مُتَعَلِّقٌ بِأَسْتَارِ الْكَعْبَةِ فَقَالَ اقْتُلُوهُ فَقَالَ مَالِكٌ نَعَمْ

Hadis riwayat Anas bin Malik رضي الله عنه: ia berkata:Bahawa Nabi صلی الله عليه وسلم pernah memasuki kota Makkah pada tahun penaklukan kota itu dengan memakai topi baja di kepala. Ketika beliau melepasnya, datanglah seorang lelaki menghampiri beliau dan berkata: Ibnu Khathal sedang bergantung pada kain tirai Kakbah. Lalu Nabi صلی الله عليه وسلم menyuruh: Bunuhlah dia!         


Apa itu Tanah Suci?
Kawasan yang tentukan untuk hamba-hambanya mendatanginya bagi mensucikan diri masing-masing daripada hal-hal berikut:
1. Dosa-dosa syirik dan kufur aqidah
2. Dosa-dosa maksiat (perbuatan derhaka)
3. Dosa-dosa fasiq (perbuatan-perbuatan salah)
4. Dosa-dosa fahish (perbuatan keji)

Keutamaan-keutamaan Makkah
1.  Tempat dibangunkan rumah Allah (Baitullah al-Haram)
2.  Kota kelahiran dan kenabian Muhammad s.a.w.
3.  Tempat beribadah pada hamba seluruh dunia
4.  Memasukinya dengan kerendahan diri, khusyuk dan meninggalkan segala bentuk keindahan dunia.
5.  Memasukinya dengan berihram (berpakaian ihram dan mematuhi patang larang ihram)
6.  Tempat yang Allah jadikan sebagai Tanah Suci untuk penghapusan dosa-dosa.
7.  Tanah Suci yang aman dan tidak dibenarkan berlakunya tumpah darah (peperangan dan seumpamanya).
8.  Tempat yang Allah mensyariatkan kepada manusia untuk bertawaf di Kaabah.
9.  Tidak ada di bumi ini, suatu tempat yang Allah wajibkan kepada yang mampu untuk mengunjunginya.
10.  Tempat yang Allah akan memberi balasan bagi sesiapa yang berniat jahat walaupun belum melakukannya.
11.Tempat yang balasan jahat dilipatgandakan dosanya.
12.Tidak ada tempat bila melakukan kebaikan dan kebajikan, Allah kurniakan pahala 100 ribu kali ganda.

Ulasan keutamaan-keutamaan Makkah:
Berdasarkan keutamaan-keutamaan di atas telah membuktikan bahawa Makkah itu sebagai tanah haram dan tanah suci. Kerahmatan, kemuliaan, pengampunan dosa dan gandaan pahala merupakan balasan Alllah s.w.t. kepada hamba-hambanya yang telah menyahut seruannya datang mengunjungi Baitullah. Ini juga menggambarkan sifat kesempurnaan Allah s.w.t. iaitu sifat kasih sayangnya kepada hamba-hambanya yang redha dengan Allah sebagai tuhan, Muhammad sebagai Rasul dan Islam sebagai agamanya.

Rasulullah s.a.w. dalam beberapa hadisnya telah memberi khabar tentang keutamaan-keutamaan Makkah:


Comments

Popular posts from this blog

Sejarah kaabah dan sekitarnya

PADA HARI ARAFAH: PERJANJIAN MANUSIA DENGAN ALLAH!

Sejarah Nabi Adam dan Hawa ke Bumi