Posts

Showing posts from 2020

SEBUTAN DOA ‎KHATAM ‎AL-QURAN ‎نسينا

Soalan : Assalamu’alaikum S.S Mufti saya ada kekeliruan, benarkah dalam doa khatam Al-Quran itu, perkataan  Nasiina  ( نَسِينَا ) sepatutnya dibaca  Nussina  ( نُسِّينَا ) ? Atau tiada masalah untuk membaca mana-mana daripada salah satu perkataan tersebut ?   Jawapan : Wa’alaikumussalam w.b.t Alhamdulillah segala puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat. Sebagai mukadimah, kami nyatakan terlebih dahulu bacaan doa yang dimaksudkan tersebut: الّلَهُمَ ارْحَمْنَا بِالْقُرْآن، واجْعَلْهُ لَنَا إمَامَاً وَنُوْرَاً وَهُدَىً ورحمةً الّلَهُمَ ذَكِّرْنَا مِنْهُ مَا نسيْنَا، وَعَلِّمْنَا مِنْهُ مَا جَهِلْنَا وَارْزُقْنَا تِلَاوَتَهُ آنَاءَ اللَّيْلِ وَأطْرَافَ الْنَهَار واجْعَلهُ لَنَا حُجَّةٌ يَا ربَّ الْعَالَمِيْن Maksudnya:  Ya Allah rahmatilah kami dengan al-Quran, dan jadikanlah ia

BULAN-BULAN HARAM DAN KELEBIHANNYA

Soalan Apakah yang dimaksudkan dengan bulan haram dan kelebihan yang terdapat padanya?   Jawapan : Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.   Berkenaan soalan di atas, bulan Haram telah disebut di dalam al-Quran Allah SWT berdasarkan firman Allah SWT:   إ نَّ عِدَّةَ الشُّهُورِ عِندَ اللَّـهِ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا فِي كِتَابِ اللَّـهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ۚ ذَٰلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ ۚ فَلَا تَظْلِمُوا فِيهِنَّ أَنفُسَكُمْ ۚ وَقَاتِلُوا الْمُشْرِكِينَ كَافَّةً كَمَا يُقَاتِلُونَكُمْ كَافَّةً ۚ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّـهَ مَعَ الْمُتَّقِينَ Maksudnya:  “Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian it

NAMA-NAMA ALLAH SUBHANAHU WA TAALA BERSERTA MAKNANYA

Makna Asmaul-Husna بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ Allah : (  الله  ) Lafaz yang Maha Mulia yang merupakan nama dari Zat Ilahi yang Maha Suci serta wajib adanya yang berhak memiliki semua macam pujian dan sanjungan. Lafadz ini disebut juga lafadz  Jalalah , dan juga disebut  Ismu Zat  . Iaitu Zat yang menciptakan langit, bumi dan seisinya termasuk kita sebagai umat manusia ini. Dan Dialah Tuhan seru sekalian alam. Adapun nama-nama lain, maka setiap nama itu menunjukkan suatu sifat Allah yang tertentu dan oleh sebab itu bolehlah dianggap sebagai sifat bagi lafaz yang Maha Mulia. NAMA-NAMA ALLAH BESERTA MAKNANYA: 1. Ar-Rahmaan : ( الرحمن ) Maha Pengasih, iaitu pemberi kenikmatan yang agung-agung dan pengasih di dunia. 2. Ar-Rahim : ( الرحيم ) Maha Penyayang, iaitu pemberi kenikmatan yang di luar jangkaan dan penyayang di akhirat. 3. Al-Malik : ( الملك ) Maha Merajai/ Menguasai /Pemerintah, iaitu mengatur kerajaanNya sesuai dengan kehendakNya sendiri. 4. Al-Quddus : ( القدوس ) Maha

99 Nama Allah SWT (Asmaul Husna) Dan Maknanya.

99 nama Allah SWT (Asmaul Husna) beserta maknanya: 1. Ar-Rahmaan : ( الرحمن ) Maha Pengasih, iaitu pemberi kenikmatan yang agung-agung dan pengasih di dunia. 2. Ar-Rahim : ( الرحيم ) Maha Penyayang, iaitu pemberi kenikmatan yang di luar jangkaan dan penyayang di akhirat. 3. Al-Malik : ( الملك ) Maha Merajai/ Menguasai /Pemerintah, iaitu mengatur kerajaanNya sesuai dengan kehendakNya sendiri. 4. Al-Quddus : ( القدوس ) Maha Suci, iaitu tersuci dan bersih dari segala cela dan kekurangan. 5. As-Salaam : ( السلام ) Maha Penyelamat, iaitu pemberi keselamatan dan kesejahteraan kepada seluruh makhlukNya. 6. Al-Mu’min : ( المؤمن ) Maha Pengaman / Pemelihara keamanan, iaitu siapa yang bersalah dan makhlukNya itu benar-benar akan diberi seksa, sedang kepada yang taat akan benar-benar dipenuhi janjiNya dengan pahala yang baik. 7. Al-Muhaimin : ( المحيمن ) Maha Pelindung/Penjaga / Maha Pengawal serta Pengawas, iaitu memerintah dan melindungi segala sesuatu. 8. Al-’Aziiz : ( العزيز