HAJI MUSIM 1431H

MULAI bulan lalu, Tabung Haji Malaysia (LUTH) telahpun mengeluarkan surat kepada 'bakal-bakal jemaah haji (JH)' bagi musim 1431H. Seperti biasa, jumlah kouta yang diperuntukan oleh kerajaan Arab Saudi kepada Malaysia seramai 26,000 orang sahaja.


Setakat ini, tidak diberitakan sebarang perubahan dari segi pengurusan pemergian JH yang dikeluarkan oleh Kementerian Haji Arab Saudi. Ini bermakna pada tahun ini masih menggunakan kaedah musim haji 1430H iaitu penggunaan passport antarabangsa dan suntikan H1N1 di samping suntikan manigococal yang merupakan wajib diambil oleh setiap JH.


Untuk pengetahuan JH, pada tahun lalu cara semakan visa di kaunter imigresen Arab Saudi begitu ketat sehingga cop jari 10 digunapakai dan wajah JH dan mata ditangkap dan disimpan dalam sistem perkomputeran mereka. Insyaalllah, kaedah tersebut akan kekal dan digunapakai pada tahun ini.


Sekiranya kaedah ini kekal, bererti JH perlu bersedia dari segi psikologi untuk menghadapi proses pemeriksaan di imigeresen sekitar tiga atau empat jam. Oleh demikian, sikap kesabaran amat mustahak diamalkan oleh JH.


Firman Allah yang bermaksud:"...Allah suka kepada mereka yang sabar"


Penyengat:....bila ingat proses imigeresen Arab Saudi terasa semacam periksa pejenayah je...tapi lebih baik daripada USA yang suka meraba...

Comments

Popular posts from this blog

Sejarah kaabah dan sekitarnya

HARI NAHAR DAN HARI QARR

TAFSIR IBNU KATHIR BERKAITAN AYAT DALIL SAIE