Posts

Showing posts from 2012

Kisah Kaabah Yang Tidak Diketahui

Image
Mekah merupakan tanah suci bagi umat Islam di mana berdirinya sebuah struktur hebat iaitu Kaabah yang menjadi tidak, lambang dan panduan qiblat untuk semua umat Islam di seluruh dunia. Berikut adalah 15 perkara tentang Kaabah dari sudut sains yang tidak diketahui ramai. 1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil. 2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga. 3. tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit. 4. graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi. 5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah. 6. Gelomban

Jihad Pada Jalan Allah

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah ditanya:  "Apakah amalan yang paling utama? Baginda s.a.w. bersabda: "Beriman kepada Allah s.w.t Sahabat bertanya lagi: Kemudian apa? Rasulullah s.a.w bersabda: Jihad pada jalan Allah s.w.t. iaitu berjuang pada jalan Allah s.w.t. dan Sahabat bertanya lagi: Kemudian apa? Rasulullah s.a.w bersabda: Haji Mabrur iaitu ibadat Haji yang diterima"

Hadith Pilihan

Dari Anas r.a : Nabi saw bersabda, “Wahai Allah, Turunkanlah berkah berganda di Madinah, sebagaimana yang telah Engkau turunkan di Mekah.” Dari Anas r.a : Nabi saw bersabda, “Kota Madinah haram (kota suci) dari batas situ ke situ. Pohonnya tidak boleh ditebang dan tidak boleh melakukan kejahatan di dalamnya. Barangsiapa melakukan kejahatan, ia akan mendapat kutuk(an) Allah, kutuk malaikat dan manusia seluruhnya.” Dari Abu Bakrah r.a : Nabi saw bersabda, “Tidak akan dapat masuk ke Madinah, Al-Masih Ad-Dajjal yang ditakuti. Madinah ketika itu mempunyai tujuh buah pintu. Pada tiap-tiap pintu terdapat dua orang malaikat.” Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Di jalan-jalan masuk ke Madinah ada malaikat. Kerana itu tidak dapat masuk ke dalamnya penyakit taun (penyakit berjangkit) dan tidak pula Dajjal. Dari Anas bin Malik r.a : Nabi saw bersabda, “Semua negeri akan diinjak oleh Dajjal, melainkan Mekah dan Madinah. Di mana setiap jalan masuk ke dalam kedua ko

'Berjuang' ke tanah suci

MENGHAIRANKAN. Mengapa perlu bersusah payah 'menyabung nyawa' menaiki motosikal ke Tanah Suci Mekah sedangkan kemajuan semasa menawarkan perkhidmatan yang lebih mudah, jimat, cepat dan selesa.  Perjalanan menuju ke Baitullah itu yang mengambil masa kira-kira hanya lapan hingga sembilan jam menerusi laluan udara tidak digunakan sebaliknya memilih laluan darat yang berliku serta memakan masa hampir dua bulan perjalanan. Panas terik, hujan lebat, laluan berdebu, cuaca sejuk melampau dan pelbagai cabaran di luar jangkaan perlu diharungi sepanjang perjalanan nekad ditempuh demi menyahut seruan Ilahi mengerjakan ibadat umrah berbanding daripada hanya duduk dan menanti waktu tiba. Kos puluhan ribu ringgit perlu dikorbankan, pekerjaan dan keluarga juga ditinggalkan bagi mengikuti kembara ke tanah suci melalui darat dengan merentasi 12 buah negara. Pastinya orang lebih memilih untuk mengunakan kemudahan sedia ada agar dapat menunaikan kewajipan dalam rukun Islam kelima itu dengan se

TAMBANG NAIK HAJI 1433H KEKAL RM9,980

SEPANG 19 April - Kuota 28,000 jemaah haji dari Malaysia dan kadar bayaran RM9,980 bagi menunaikan fardu haji dikekalkan pada tahun ini walaupun kos penginapan di hotel-hotel berhampiran Masjidil Haram meningkat sebanyak 15 peratus.  Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom ( gambar ) berkata, persetujuan itu dicapai dalam mesyuarat dengan Menteri Haji dan Wakaf Arab dua hari lalu.  ''Malaysia satu-satunya negara yang mendapat keistimewaan kuota 0.1 peratus daripada jumlah penduduk untuk menunaikan haji. ''Negara-negara lain diberikan kuota berdasarkan jumlah penduduknya yang beragama Islam,'' katanya kepada pemberita di sini hari ini. Menurut Jamil Khir, pengekalan kuota haji itu memberi kelegaan kepada ramai jemaah haji di Malaysia yang diletakkan dalam senarai menunggu sehingga memakan masa bertahun-tahun lamanya. Kerajaan, katanya, memberi jaminan tiada sebarang kenaikan tambang mengerjakan ibadat haji, bagaimanapun individu