Posts

Showing posts from October, 2018

Arak dan kesan pada diri, keluarga dan masyarakat serta negara

Image
22/09/2017  Pengharaman arak dan kesan buruk akibat mengambilnya telah dijelaskan dalam ayat-ayat al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w. lebih 1400 tahun dahulu. Antara kesan-kesannya yang disebut ialah  berpaling daripada ketaatan kepada Allah seperti meninggalkan solat dan berani melakukan maksiat , boleh menghilangkan akal, serta menyebabkan kebencian dan permusuhan. Ayat-ayat Al Quran tentang pengharaman arak diturunkan dalam 4 peringkat dengan mengambilkira orang-orang yang masuk Islam ketika itu masih lagi kurang imannya dan agak sukar melepaskan tabiat kegemaran mereka ketika Jahiliyah. Tahap pertama mengatakan tentang adanya  kandungan alkohol  dalam anggur (An Nahl: 67), tahap kedua menyatakan tentang  mudharat minum arak  lebih besar daripada manfaatnya (Al Baqarah: 219), tahap ketiga pula tentang  larangan melakukan solat ketika mabuk  (An Nisaa’: 43) dan tahap keempat ialah penetapan terus  pengharaman arak  (Al Maidah: 90). Allah berfirman yang bermaksud, “Wahai orang ya

APA TU NERAKA SAQAR?

Image
Apa itu Neraka Saqar? AlLah Taala berfirman: ﻭَﻣَﺎٓ ﺃَﺩْﺭَﻯٰﻙَ ﻣَﺎ ﺳَﻘَﺮُ Bermaksud: "Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan neraka Saqar itu? ﻻَ ﺗُﺒْﻘِﻰ ﻭَﻻَ ﺗَﺬَﺭُ Bermaksud: "Ia membakar mangsanya dengan tidak meninggalkan sisa, dan tidak membiarkannya (binasa terus)" ﻟَﻮَّاﺣَﺔٌ ﻟِّﻠْﺒَﺸَﺮِ Barmaksud: "Ia terus-menerus membakar kulit manusia!" ﻋَﻠَﻴْﻬَﺎ ﺗِﺴْﻌَﺔَ ﻋَﺸَﺮَ Bermaksud: "Pengawal dan penjaganya adalah sembilan belas (malaikat)." Rujuk surah al-Muddathir dari ayat 27-30 SIAPA AHLI NERAKA SAQAR? AlLah Taala berfirman: ﻣَﺎ ﺳَﻠَﻜَﻜُﻢْ ﻓِﻰ ﺳَﻘَﺮَ Barmaksud: "Setelah melihat orang-orang yang bersalah itu, mereka berkata): "Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) Saqar?" ﻗَﺎﻟُﻮا۟ ﻟَﻢْ ﻧَﻚُ ﻣِﻦَ ٱﻟْﻤُﺼَﻠِّﻴﻦ Bermaksud: "Orang-orang yang bersalah itu menjawab: "Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan sembahyang" ﻭَﻟَﻢْ ﻧَﻚُ ﻧُﻄْﻌِﻢُ ٱﻟْﻤِﺴْﻜِﻴﻦَ Berm

KELEBIHAN IBADAH UMRAH

Image
Kelebihan Umrah: 1. Pahala Dan Ganjaran Dilipatgandakan Abi Suhail mendengar Abu Hurairah RA mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada tahun Haji Wada’ di Mekah : “Para jemaah haji dan umrah adalah tetamu Allah SWT. Dia akan memenuhi apa yang mereka minta, mengabulkan apa yang mereka doakan, memberikan ganti kepada mereka atas apa yang telah mereka belanjakan dan melipatgandakan satu dirham untuknya menjadi sejuta dirham” - Al-Fakily, Muhammad Ibnu Ishak. 2. Penghapusan Dosa Rasululluh SAW telah bersabda yang bermaksud : “Satu ibadah umrah sehingga sampai umrah lainnya adalah sebagai pelebur (dosa) di antara keduanya. Sedang haji yang mabrur tidak mempunyai balasan kecuali syurga” - Riwayat Sahih Al-Bukhari. 3. Tidak Dihisab Jika Meninggal Dunia Semasa Menunaikan Umrah Disebut bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, maksudnya :“Barang siapa keluar untuk menunaikan ibadah haji atau umrah lalu meninggal dunia, maka baginya diperlakukan pahala berhaji dan berumrah hingga ha