Posts

Showing posts from August, 2018

Kejadian Ribut dan Hujan Pada Malam 9 Zulhijjah

Image
Kejadian ribut dan hujan yang berlaku pada malam 9 Zulhijjah 1439H di Arafah, barangkali ia sebagai satu pengalaman yang menakutkan dan tidak akan dilupakan oleh setiap jemaah haji. Apa tidaknya, khemah yang dibina kukuh dengan kanvas yang berkualiti tinggi seakan mahu dicabut dan diterbangkan, sedangkan jemaah haji sedang berada di dalamnya. Masing-masing mulut berkumat-kamit membaca ayat al-Quran dan berdoa agar diberi perlindungan dari sebarang bahaya dan malapetaka. Sesekali ada juga azan dilaungkan dengan satu matlamat yang sama juga. Apapun, berdasarkan pengalaman yang ada, tidak dinafikan kerap juga suasana ini berlaku iaitu sebelum tiba phari wuquf di Arafah. Cuma tarikh dan waktunya tidak konsisten. Biasanya, suasana ini akan berlaku antara 7 hingga pada malam 9 Zulhijjah. Dan pada siang hari 9 Zulhijjah, kebiasaannya komponen cuacanya sempurna: Ada panas. Ada teriknya. Dan ada angin. Malah sesekali terasa angin sepoi bahasa bertiup menyapa pipi seakan membelai setiap jemaah

Konsep Menghayati Tetamu Allah

MENGHAYATI KONSEP DHUYUFUR-RAHMAN (TETAMU ALLAH) ADALAH amat penting kepada setiap jemaah haji dan umrah memamahi konsep dhuyufur-rahman atau tetamu Alllah Taala. Kefahaman ini penting supaya boleh mendorong setiap jemaah itu dapat memghayati dan seterus bersungguh-sungguh dalam peribadatan di Tanah Haram. Sekaligus memberi manafaat dan menghadirkan cita-cita yang mahukan keberkatan, kerahmatan, keredhaan dan hidayah dari Allah Taala. Sehubungan itu, di bawah ini dinyatakan tentang konsep tersebut: 1)  Menyedari sebagai dhuyufur-rahman (Tetamu Allah) dan memahaminya Kemuncak kehidupan manusia di atas muka bumi ini ialah apabila menjadi dhuyufur-rahman (tetamu) Allah S.W.T., iaitu mengunjungi Baitullah al-Haram dengan melaksanakan Ibadah Haji mahupun Umrah.   Terlalu banyak kelebihan atau keistimewaannya yang Allah S.W.T. kurniakan kepada mereka yang menyahut seruan menjadi tetamu-Nya.   Allah S.W.T. berfirman: Terjemahannya: "Dan serukanlah umat manusia untuk me