Posts

Showing posts from April, 2010

Rayuanku...nak pergi haji

"Ustaz jika saya berdaftar esok nak pergi haji boleh!" "Boleh..tapi barangkali tahun pergi haji pada tahun 1431 H atau 2031" Terkulat-kulat lelaki separuh abad mendengar penjelasan ringkasku. Barangkali tak percaya apa yang dimakumkan. "Tapi..ustaz macam tu tak sempatlah saya...."katanya dengan nada kecewa. Aku hanya mampu mengangguk kepala sahaja sebagai memberi reaksi pertanyaan lelaki tersebut. Tetapi jauh di sudut hati terasa simpati kepadanya. "Begini tuan, urusan nak pergi haji bukan hak sesiapa, bukan hak tabung haji. dari segi proses biasa begitulah rupanya yakni tuan akan pergi tahun 1431. "Bagaimanapun...cubalah buat rayuan kepada tabung haji. Cukupkan duit naik haji sebanyak RM 9,940.00. Kemudian buat surat rayuan nak pergi haji bagi musim ini. Dan hantar surat tersebut ke mana-mana pejabat tabung haji atau terus pergi ke ibu pejabat tabung haji bahagian pengendalian haji. "Selepas itu, buat solat hajat dan berdoa kepadaNya

HAJI MUSIM 1431H

MULAI bulan lalu, Tabung Haji Malaysia (LUTH) telahpun mengeluarkan surat kepada 'bakal-bakal jemaah haji (JH)' bagi musim 1431H. Seperti biasa, jumlah kouta yang diperuntukan oleh kerajaan Arab Saudi kepada Malaysia seramai 26,000 orang sahaja. Setakat ini, tidak diberitakan sebarang perubahan dari segi pengurusan pemergian JH yang dikeluarkan oleh Kementerian Haji Arab Saudi. Ini bermakna pada tahun ini masih menggunakan kaedah musim haji 1430H iaitu penggunaan passport antarabangsa dan suntikan H1N1 di samping suntikan manigococal yang merupakan wajib diambil oleh setiap JH. Untuk pengetahuan JH, pada tahun lalu cara semakan visa di kaunter imigresen Arab Saudi begitu ketat sehingga cop jari 10 digunapakai dan wajah JH dan mata ditangkap dan disimpan dalam sistem perkomputeran mereka. Insyaalllah, kaedah tersebut akan kekal dan digunapakai pada tahun ini. Sekiranya kaedah ini kekal, bererti JH perlu bersedia dari segi psikologi untuk menghadapi proses pemeriks