Posts

Showing posts from October, 2009

KORBAN DAN TALBIAH BAGI ORANG HAJI

TALBIAH dan KORBAN لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ، لَبَّيْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ ، لَبَّيْكَ،  إنَّ الْحَّمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالمُلْكَ، لاَ شَرِيْكَ لَكَ. “Aku datang menyahut panggilanMu, Ya Allah! aku datang menyahut paggilanMu.  Aku datang menyahut panggilanMu, tiada sekutu bagiMu.  Aku datang menyahut panggilanMu.  Sesungguhnya segala puji dan nikmat adalah milikMu, demikian juga segala kekuasaan, tiada sekutu bagiMu”. Dua perkara yang Allah SWT sediakan untuk tetamuNya yang mengerjakan haji dan umrah.  Pertama menyembelih binatang hadiah (berkorban) dan kedua bertalbiah. Berkorban adalah satu pekerjaan sunat tetapi pahala yang Allah SWT sediakan kepada hambaNya yang melakukannya cukup besar dan luar biasa. Ia bukan sahaja sebagai mengingati peristiwa nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyembelih anaknya Ismail semata-mata mematuhi perintah Allah SWT tetapi juga mendidik diri kita (jemaah haji) supaya dapat memahami dan menilai sejauhmana kita mengenali Allah SWT. Apakah kita