Posts

Showing posts from July, 2024

LIMA PERISTIWA UTAMA BULAN MUHARRAM

5 Peristiwa Penting di Bulan Muharram dalam Sejarah Islam Bulan Muharram mencatatkan pelbagai peristiwa penting yang bermakna bagi umat Islam. Muharram bukan sahaja  bulan pertama dalam perhitungan kalender Hijriah namun ia juga termasuk salah satu daripada empat bulan suci Islam. Dalam sebuah hadis yang dinukil dari kitab Riyadhus Shalihin, diriwayatkan dari Abu Bakrah, dari Nufai' bin al-Harits, Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya zaman itu telah berputar sebagaimana keadaannya sejak hari Allah menciptakan semua langit dan bumi. Setahun itu ada dua belas bulan dan di antaranya ada empat bulan yang suci, tiga berturut-turut, yaitu Dzulqa'dah, Dzulhijjah, dan Muharram. Sedangkan bulan keempatnya ialah bulan Rajab Mudhar yang jatuh antara Jumada dan Sya'ban." (HR Muttafaq 'alaih). Lima Peristiwa di Bulan Muharram 1) Diterimanya Taubat Nabi Adam AS Di hari Asyura yang jatuh pada tanggal 10 Muharram, Allah SWT menerima taubatnya Nabi Adam a.s. Hal ini dij...

BERPUASA BULAN MUHARRAM

Antara amalan sunat yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dalam bulan Muharram adalah berpuasa pada 10 Muharram atau lebih dikenali dengan puasa Asyura’. Ini berdasarkan hadis daripada Ibn Abbas RA: [أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَامَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ، وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ] Maksudnya: “Rasulullah SAW berpuasa pada hari Asyura’ dan Baginda menyuruh puasa pada hari tersebut.” ✨ Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim Antara kelebihan berpuasa di hari asyura’ ialah dapat menghapuskan dosa setahun sebelumnya sepertimana yang disebut dalam hadis riwayat Abu Qatadah RA: [يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ] Maksudnya: “Ia menghapuskan dosa-dosa setahun yang lalu.” ✨ Hadis Riwayat Muslim Akan tetapi pada hari tersebut, orang-orang yahudi juga berpuasa kerana Allah SWT telah menyelamatkan Nabi Musa AS dan Bani Israil daripada musuh mereka. Lalu Nabi SAW memerintahkan umat Islam agar melaksanakan puasa Tasu’a’ yang bermaksud hari yang ke 9 Muharram. Hal ini dirakamkan dalam hadis ...