LIMA PERISTIWA UTAMA BULAN MUHARRAM
5 Peristiwa Penting di Bulan Muharram dalam Sejarah Islam
Bulan Muharram mencatatkan pelbagai peristiwa penting yang bermakna bagi umat Islam. Muharram bukan sahaja bulan pertama dalam perhitungan kalender Hijriah namun ia juga termasuk salah satu daripada empat bulan suci Islam.
Dalam sebuah hadis yang dinukil dari kitab Riyadhus Shalihin, diriwayatkan dari Abu Bakrah, dari Nufai' bin al-Harits, Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya zaman itu telah berputar sebagaimana keadaannya sejak hari Allah menciptakan semua langit dan bumi. Setahun itu ada dua belas bulan dan di antaranya ada empat bulan yang suci, tiga berturut-turut, yaitu Dzulqa'dah, Dzulhijjah, dan Muharram. Sedangkan bulan keempatnya ialah bulan Rajab Mudhar yang jatuh antara Jumada dan Sya'ban." (HR Muttafaq 'alaih).
Lima Peristiwa di Bulan Muharram
1) Diterimanya Taubat Nabi Adam AS
Di hari Asyura yang jatuh pada tanggal 10 Muharram, Allah SWT menerima taubatnya Nabi Adam a.s. Hal ini dijelaskan dalam buku Menggapai Barakah di Bulan-Bulan Hijriah karya Siti Zamratus Sa'adah yang bersandar pada sebuah hadis.
Abi Ishaq dari yazid berkata, "Aku bertanya kepada Ubaid bin Umair tentang puasa di hari Asyura, maka ia menjawab, 'Muharram merupakan bulan Allah Al-Ashamm (yang tuli) di sana Allah menerima taubat Nabi Adam a.s.'"
Ketika berada di syurga, Nabi Adam a.s pernah terkena tipu daya iblis dan melakukan hal yang dilarang Allah SWT dengan memakan buah terlarang. Hal itu membuatnya diturunkan ke bumi bersama dengan Siti Hawa a.s
Diterimanya taubat Nabi Adam a.s..juga termaktub dalam firman Allah SWT:
فَتَلَقَّىٰٓ ءَادَمُ مِن رَّبِّهِۦ كَلِمَٰتٍ فَتَابَ عَلَيْهِ ۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلتَّوَّابُ ٱلرَّحِيمُ
Bermaksud: "Kemudian Adam menerima beberapa kalimat dari Tuhannya, maka Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang." (QS Al-Baqarah, 2:37).
2) Selamatnya Nabi Nuh AS dari Musibah Bencana Banjir
Selamatnya Nabi Nuh a.s. dari musibah bencana banjir dicatatkan berlaku pada 10 bulan Muharram. Dalam usaha dakwahnya, hanya sebilangan kecil kaum Nabi Nuh a.s. yang beriman. Hingga akhirnya Allah SWT memerintahkan beliau untuk membuat kapal dan mendatangkan bencana banjir yang besar sehingga menenggelamkan penempatan dan kaumnya yang kafir.
Ibnu Katsir dalam bukunya Kisah Para Nabi menerangkan, Qatadah dan ulama lainnya berkata, "Nabi Nuh a.s. dan para pengikutnya menaiki kapal pada tanggal sepuluh bulan Rejab, mereka berlayar selama 150 hari, setelah itu mereka berlabuh di Gunung Judiy selama satu bulan, dan mereka keluar dari kapal pada tanggal sepuluh bulan Muharram."
3) Selamatnya Nabi Musa dari Kejaran Firaun
Nabi Musa a.s. diselamatkan dari buruan Firaun pada hari asyura atau 10 Muharram. Peristiwa ini juga menjadi sebab bukan sahaja dikerjakan umat Islam berpuasa bahkan juga kaum Yahudi.
Dalam sebuah riwayat yang dinukil dari buku Koleksi Doa & Dzikir Sepanjang Masa karya Ustaz Ali Amrin Al Qurawy, dari Ibnu Abbas r.a. berkata, "Ketika tiba di Madinah, Rasulullah s.a.w. mendapati orang-orang Yahudi melakukan puasa Asyura.
Kemudian Rasulullah SAW bertanya, 'Kalian puasa apa hari ini?' Orang-orang Yahudi tersebut menjawabnya, 'Ini adalah hari yang sangat mulia. Ini adalah hari saat Allah menyelamatkan Musa dan kaumnya.
Ketika itu pula, Fir'aun dan kaumnya ditenggelamkan. Musa berpuasa pada hari ini dalam kerana tanda bersyukur, maka kami pun mengikuti beliau berpuasa pada hari ini.'
Rasulullah s.a.w. pun berkata, 'Kita seharusnya lebih berhak dan lebih utama mengikuti Musa a.s. daripada kalian.' Setelah itu, Rasulullah s.a.w. memerintahkan kaum muslimin untuk berpuasa." (HR. Bukhari dan Muslim).
4) Disembuhkannya Nabi Ayyub AS dari Sakit Kulit
Disebutkan dalam kitab Mukasyafatul Qulub karya Imam Al Ghazali, Allah SWT memberikan kesembuhan kepada Nabi Ayyub a.s. dari sakit kulit yang berpanjangan pada 10 Muharram.
Nabi Ayyub a.s. adalah seorang nabi yang gagah, tampan, dan banyak harta. Namun, Allah SWT memberi ujian dengan menjadikannya miskin dan menimpakan penyakit gatal hingga beliau dijauhi oleh kaumnya.
Setelah bertahun-tahun, Allah SWT memerintahkan Nabi Ayyub a.s. untuk menghentakkan kakinya ke tanah hingga memancarlah air putih bersih dari perut bumi yang dapat menyembuhkan penyakit kulitnya. Peristiwa ini diabadikan dalam Al-Qur'an, Allah SWT berfirman:
وَٱذْكُرْ عَبْدَنَآ أَيُّوبَ إِذْ نَادَىٰ رَبَّهُۥٓ أَنِّى مَسَّنِىَ ٱلشَّيْطَٰنُ بِنُصْبٍ وَعَذَابٍ. ٱرْكُضْ بِرِجْلِكَ ۖ هَٰذَا مُغْتَسَلٌۢ بَارِدٌ وَشَرَابٌ
Bermaksud: "Dan ingatlah akan hamba Kami Ayyub ketika dia menyeru Tuhannya, 'Sesungguhnya aku diganggu setan dengan penderitaan dan bencana.' (Allah berfirman), 'Hentakkanlah kakimu, inilah air yang sejuk untuk mandi dan untuk minum.'" (QS Shad: 41-42).
5) Nabi Isa Dilahirkan dan Diangkat ke Langit
Syaikh Ash-Shafuri dalam buku Nasihat Langit Penentram Jiwa menyebutkan bahawa Nabi Isa a.s. dilahirkan dan diangkat ke langit pada hari Asyura. Umat Islam menyakini bahawa hingga saat ini, Nabi Isa a.s. berada di langit.
Ketika orang-orang kafir Bani Israel berniat untuk membunuh Nabi Isa a.s, Allah SWT menyelamatkan beliau dengan mengangkatnya ke langit dan menjadikan orang yang seakan dengan Nabi Isa a.s sebagai orang yang terbunuh dan disalibkan. Peristiwa ini terabadikan dalam surat An-Nisa ayat 157-158, Allah SWT berfirman:
وَقَوْلِهِمْ إِنَّا قَتَلْنَا ٱلْمَسِيحَ عِيسَى ٱبْنَ مَرْيَمَ رَسُولَ ٱللَّهِ وَمَا قَتَلُوهُ وَمَا صَلَبُوهُ وَلَٰكِن شُبِّهَ لَهُمْ ۚ وَإِنَّ ٱلَّذِينَ ٱخْتَلَفُوا۟ فِيهِ لَفِى شَكٍّ مِّنْهُ ۚ مَا لَهُم بِهِۦ مِنْ عِلْمٍ إِلَّا ٱتِّبَاعَ ٱلظَّنِّ ۚ وَمَا قَتَلُوهُ يَقِينًۢا. بَل رَّفَعَهُ ٱللَّهُ إِلَيْهِ ۚ وَكَانَ ٱللَّهُ عَزِيزًا حَكِيمًا
Bermaksud: "Dan karena ucapan mereka: "Sesungguhnya kami telah membunuh Al Masih, Isa putra Maryam, Rasul Allah", padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak (pula) menyalibnya, tetapi (yang mereka bunuh ialah) orang yang diserupakan dengan Isa bagi mereka. Sesungguhnya orang-orang yang berselisih faham tentang (pembunuhan) Isa, benar-benar dalam keragu-raguan tentang yang dibunuh itu. Mereka tidak mempunyai keyakinan tentang siapa yang dibunuh itu, kecuali mengikuti persangkaan belaka, mereka tidak (pula) yakin bahawa yang mereka bunuh itu adalah Isa. Tetapi (yang sebenarnya), Allah telah mengangkat Isa kepada-Nya. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." (QS An-Nisa: 157-158).
Demikian lima.(5) peristiwa penting pada bulan Muharram yang wajar diketahui oleh umat Islam. Di bulan mulia ini marilah kita perbanyakkan beramal soleh termasuk melakukan puasa-puasa sunat, berzikir , sedekah dan lain-lain. Semoga ia menjadi asbab kita mendekatkan diri dengan Allah SWT.
Comments
Post a Comment