Kejadian Ribut dan Hujan Pada Malam 9 Zulhijjah

Kejadian ribut dan hujan yang berlaku pada malam 9 Zulhijjah 1439H di Arafah, barangkali ia sebagai satu pengalaman yang menakutkan dan tidak akan dilupakan oleh setiap jemaah haji. Apa tidaknya, khemah yang dibina kukuh dengan kanvas yang berkualiti tinggi seakan mahu dicabut dan diterbangkan, sedangkan jemaah haji sedang berada di dalamnya. Masing-masing mulut berkumat-kamit membaca ayat al-Quran dan berdoa agar diberi perlindungan dari sebarang bahaya dan malapetaka. Sesekali ada juga azan dilaungkan dengan satu matlamat yang sama juga. Apapun, berdasarkan pengalaman yang ada, tidak dinafikan kerap juga suasana ini berlaku iaitu sebelum tiba phari wuquf di Arafah. Cuma tarikh dan waktunya tidak konsisten. Biasanya, suasana ini akan berlaku antara 7 hingga pada malam 9 Zulhijjah. Dan pada siang hari 9 Zulhijjah, kebiasaannya komponen cuacanya sempurna: Ada panas. Ada teriknya. Dan ada angin. Malah sesekali terasa angin sepoi bahasa bertiup menyapa pipi seakan membelai setiap jemaah ...