Konsep Menghayati Tetamu Allah

MENGHAYATI KONSEP DHUYUFUR-RAHMAN (TETAMU ALLAH)


ADALAH amat penting kepada setiap jemaah haji dan umrah memamahi konsep dhuyufur-rahman atau tetamu Alllah Taala. Kefahaman ini penting supaya boleh mendorong setiap jemaah itu dapat memghayati dan seterus bersungguh-sungguh dalam peribadatan di Tanah Haram. Sekaligus memberi manafaat dan menghadirkan cita-cita yang mahukan keberkatan, kerahmatan, keredhaan dan hidayah dari Allah Taala.

Sehubungan itu, di bawah ini dinyatakan tentang konsep tersebut:

1)  Menyedari sebagai dhuyufur-rahman (Tetamu Allah) dan memahaminya

Kemuncak kehidupan manusia di atas muka bumi ini ialah apabila menjadi dhuyufur-rahman (tetamu) Allah S.W.T., iaitu mengunjungi Baitullah al-Haram dengan melaksanakan Ibadah Haji mahupun Umrah.  Terlalu banyak kelebihan atau keistimewaannya yang Allah S.W.T. kurniakan kepada mereka yang menyahut seruan menjadi tetamu-Nya.  Allah S.W.T. berfirman:

Terjemahannya: "Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan Ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh (27). Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu, kerana pengurniaan-Nya kepada mereka dengan binatang-binatang ternak (untuk dijadikan korban); dengan yang demikian makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin". (Surah al-Hajj, 22:27-28)
Pengesahan mereka yang hadir ke tanah suci Makkah, disebut sebagai tetamu Allah telah disebut oleh Baginda S.A.W. dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.Anhu. Rasulullah S.A.W. bersabda:
الحجاج والعمار وفود الله إندعوه أجابهم وإن استغفروه غفرلهم وفدالله ثلاثه الحاج والمعتمر والغا زي
Terjemahannya: "Orang yang menunaikan haji dan umrah adalah tetamu Allah S.W.T. Apabila mereka memohon kepada-Nya, pasti diperkenankan. Dan apabila mereka memohon keampunan kepada-Nya, pasti diampunkan. Tetamu Allah ada tiga, orang yang menunaikan haji, orang yang menunaikan umrah dan orang yang berperang  fisabillah".
(Riwayat Nasai', Ibn Hibban, dan Hakim)

2)    Mengetahui dan memahami larangan khas tanah haram.

Sudah menjadi ketentuan syariat, kepada mereka yang datang ke tanah suci Makkah perlu mematuhi segala perkara yang diharamkan melakukannya sepanjang berada di bumi pilihan Allah Taala ini. Ini berasaskan kepada hadis Nabi s.a.w. yang disampaikan oleh baginda sebaik sahaja selesai menjalankan perintah Allah Taala untuk menakluki Kota Makkah pada 8 hijrah.

Terjemahannya: "Rasulullah bersabda sempena pembukaan kota suci makkah pada tahun 8 hijrah yang bermaksud: “Sesungguhnya negeri ini (Makkah), Allah telah menjadikannya tanah haram (bumi yang dimuliakan) pada hari dia menciptakan langit dan bumi. Maka ia (Makkah), menjadi mulia dengan kehormatan Allah sehingga hari kiamat. Maka sesungguhnya tidak dibenarkan berperang di dalamnya kepada sesiapa sebelumku. Aku juga tidak dibenarkan melainkan dalam masa beberapa ketika sahaja pada siang hari (hari pembukaan Kota Makkah). Dia (Makkah) menjadi tanah haram dengan kehormatan Allah, sehingga hari kiamat, tidak boleh memotong tumbuh-tumbuhan, tidak boleh menangkap binatang buruan, tidak boleh mengutip barang yang tercicir melainkan orang yang mahu mengisytiharkannya kepada orang ramai dan tidak boleh mencabut rumputnya…”
(Daripada Ibn Abbas r.a, Riwayat Muslim)

3)         Memahami atau tidak konsep bekalan takwa.

Antara keperluan jemaah haji sebelum hadir ke tanah suci Makkah ialah membentuk akhlak yang mulia iaitu menyingkir semua sifat-sifat keji dan mengamalkan sifat-sifat terpuji di samping melaksanakan segala kewajiban dengan sempurna. Pendekata, seorang jemaah haji itu sudah ada bekalan takwa sebelum datang menunaikan fardhu haji,
Terjemahannya: "...dan hendaklah kamu membawa bekal dengan cukupnya kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah memelihara diri (dari keaiban meminta sedekah); dan bertaqwalah kepadaKu wahai orang-orang yang berakal (yang dapat memikir dan memahaminya)".
(Surah al-Baqarah, 2:197)

4)    Memahami Syarat-syarat Haji Mabrur

Para fuqaha telah menggariskan beberapa syarat untuk seseorang peroleh haji mabrur. Berikut syarat-syarat:

Sebelum menunaikan fardhu haji
a)  Berniat menunaikan fardhu haji kerana Allah Taala.
   Firman Allah Taala: Terjemahannya:  "Dan sempurnakan haji dan umrah kerana Allah                 Taala".   (Surah al-Baqarah, 196)
b)  Wang haji dengan harta yang halal.
c)  Membawa bekalan takwa.

Sedang menunaikan fardhu haji.
a)  Patuhi larangan khusus ketika mengerjakan haji. Firman Allah Taala:

Terjemahannya: "Haji adalah beberapa bulan yang dimalklumi , barangsiapa menetapkan niatnya dalam bulan itu akan mengerjakan haji, maka tidak boleh rafats, berbuat fasiq dan berbantah-bantahan di dalam masa mengerjakan haji. Dan apa yang kamu kerjakan berupa kebaikan, nescaya Allah mengetahuinya. Berbekallah, dan sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah taqwa dan bertaqwalah kepadaKU hai orang-orang yang berakal”.
(Surah Al-Baqarah, 2:19)
b)    Menyempurnakan segala yang rukun dan wajib haji.
c)    Membayar segala dam ketika menunaikan fardhu haji.
d)    Mengelak daripada melakukan perkara-perkara larangan semasa ihram.


Selepas menunaikan fardhu haji
a)   Mengingati Allah Taala dan sentiasa bermohon untuk kebaikan dunia dan akhirat serta dijauhi dari neraka. Allah berfirman:

Terjemahannya: “Apabila kamu telah menyelesaikan ibadah hajimu, maka berzikirlah (dengan menyebut Allah), sebagaimana kamu menyebut-menyebut (membangga-banggakan datuk nenek moyangmu). Maka  di antara manusia ada orang yang berdoa: “Ya Tuhan kami, berilah kami  (kebaikan) di dunia”, dan tiadalah bahagian di akhirat” (Surah Al-Baqarah, 2: 200)

“Dan di antara mereka ada yang berdoa: “Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka” (Surah Al-Baqarah, 2:201)

“Mereka itulah orang-orang yang mendapat bahagian dari apa yang mereka usahakan dan Allah sangat cepat perhintunganNya” (Surah Al-Baqarah, 2: 202)

b)    Menjauhikan diri daripada dosa dan kemungkaran
c)    Perbanyakan amal soleh untuk meningkatkan iman dan takwa
d)    Memperbaiki diri ke arah akhlak mulia dan sentiasa menambahkan ilmu.

5)    Menguasai ilmu ibadah asas

Sudah menjadi kewajiban kepada jemaah haji untuk menyempurnakan pengetahuan tentang fardhu ain. Iaitu berkaitan at-thoharah (suci lagi menyucikan), kesempurnaan solat, keringanan dalam beribadah ekoran masyaqah, darurah dan sebagainya.
                                   
6)    Menguasai ilmu haji dengan sempurna

Seorang jemaah haji adalah penting untuk mengetahui ilmu manasik haji dengan baik. Antaranya kemulian-kemulian haji, kelebihan haji, sejarah tanah makkah dan kelebihannya, pelaksanaan ibadah haji dan umrah, rukun-rukunnya, wajib-wajibnya, perihal dam, pergerakan haji dan sebagainya.


Comments

Popular posts from this blog

Sejarah kaabah dan sekitarnya

TAFSIR IBNU KATHIR BERKAITAN AYAT DALIL SAIE

HARI NAHAR DAN HARI QARR