Kelebihan orang yang mengerjakan haji dan umrah memang digambarkan cukup luar biasa. Bukan sahaja dosanya diampunkan oleh Allah Taala. Bahkan pelbagai ganjaran pahala dan keistimewaan dikurniakan. Berdasarkan beberapa hadis memberi gambaran bahawa orang yang sedang berihram kemudian meninggal dunia telah diberi layanan istimewa bermula saat kematian lagi. Seorang lelaki yang berihram dengan Rasulullah s.a.w. tiba tiba dibanting dari atas untanya, lalu mati. Rasulullah s.a.w. kemudian bersabda, "Mandikan dia dengan air dan daun bidara, kemudian kapankan dengan bajunya. Jangan diletakkan wangian dan jangan ditutup kepalanya, kerana dia akan dibangkitkan pada hari kiamat dalam keadaan membaca talbiyah -mulabbiyan-" ( HR. Al-Muslim daripada Ibnu Abbas) Dalam riwayat lain, "Dalam keadaan merendah diri kepada Allah s.w.t. (mulabiddan)." HR. Al-Bukhari daripada Ibnu Abbas). Dalam hadis yang lain, secara umum diberitahu oleh Baginda s.a.w., suara Muazin dan pe...