KORBAN DAN TALBIAH BAGI ORANG HAJI

TALBIAH dan KORBAN

لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ، لَبَّيْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ ، لَبَّيْكَ،
 إنَّ الْحَّمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالمُلْكَ، لاَ شَرِيْكَ لَكَ.

“Aku datang menyahut panggilanMu,
Ya Allah! aku datang menyahut paggilanMu.  Aku datang menyahut panggilanMu, tiada sekutu bagiMu.  Aku datang menyahut panggilanMu.  Sesungguhnya segala puji dan nikmat adalah milikMu, demikian juga segala kekuasaan, tiada sekutu bagiMu”.

Dua perkara yang Allah SWT sediakan untuk tetamuNya yang mengerjakan haji dan umrah.  Pertama menyembelih binatang hadiah (berkorban) dan kedua bertalbiah.

Berkorban adalah satu pekerjaan sunat tetapi pahala yang Allah SWT sediakan kepada hambaNya yang melakukannya cukup besar dan luar biasa. Ia bukan sahaja sebagai mengingati peristiwa nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyembelih anaknya Ismail semata-mata mematuhi perintah Allah SWT tetapi juga mendidik diri kita (jemaah haji) supaya dapat memahami dan menilai sejauhmana kita mengenali Allah SWT. Apakah kita dapat mengikuti jejak nabi Ibrahim a.s.? 

Perbuatan nabi Ibrahim a.s. jelas membuktikan tentang konsep mengenali diri dan mengenal Allah SWT. Nabi Ibrahim tidak akan melakukan kesanggupan menyembelih anaknya sendiri jika tahap mengenali diri dan mengenali Allah SWT itu sekadar jiwa-jiwa hamba yang masih rangkus dan tunduk dengan keindahan dunia ini. Barangkali itulah ujian untuk nabi Ibrahim a.s. yang kemudian diangkat sebagai bapa tauhid dan imam kepada manusia. 

Bagi memastikan peristiwa agung ini sentiasa menjadi garis panduan keimanan kita, setiap tahun umat Islam disunat melakukan korban. Dari segi hukum fiqhm elok melakukan korban ini setiap tahun, dan jika tidak kemampuan maka dituntut melakukan sekali seumur hidup. Tidak ada kemampuan maka tidak berdosa.

Sirah nabi Muhammad s.a.w., baginda pada ketika melaksanakan fardhu haji telah melakukan korban sebanyak 63 ekor unta iaitu selepas baginda melakukan lontaran al-kubra pada 10 Zulhijjah. Sekali gus, jumlah 63 ekor unta ini adalah menafsirkan mengikut umur baginda 63 tahun. Ini bererti seekor setahun, 63 tahun menjadikan jumlahnya 63 ekor (Allahu'alam).

Bertalbiah bagi pendapat setengah ulama (rujuk kitab Bahru Wafi dan Bighyatul Thulab) menegaskan bahawa tidak ada haji atau umrah bagi mereka yang tidak bertalbiah. Hukum bertalbiah juga adalah sunat, tetapi kedudukan talbiah itu adalah tinggi dan amat luar biasa sehingga begitu rupa pendapat dan pandangan ulama terhadap kepentingannya. 

Oleh demikian, bertalbiah ini bukan satu perkara remeh tetapi ia wajar dijadikan kebanggaan kepada jemaah haji dan umrah. Ia berlaku hanya untuk ibadah haji dan umrah sahaja. 

Bagaimanapun, laungan talbiah ini ada adap atau tertibnya. Bertalbiah dalam bentuk kumpulan elok dilaungkan dengan penuh semangat iaitu untuk lelaki sahaja tetapi wanita dengan suara yang perlahan. Keseorangan, bertalbiah dengan suara perlahan sekadar pendengaran sendiri - UHAS

Comments

Popular posts from this blog

Sejarah kaabah dan sekitarnya

TAFSIR IBNU KATHIR BERKAITAN AYAT DALIL SAIE

HARI NAHAR DAN HARI QARR