10 NAJIS DIMAAFKAN
10 NAJIS DIMAAFKAN Islam adalah agama yang memiliki prinsip pentingnya memelihara kebersihan. Betapa tidak, paling miniman lima kali sehari umat muslim wajib membersihkan diri dari segala bentuk najis yang terdapat di baju, badan dan tempatnya sebelum melaksanakan shalat. Lebih dari itu, setiap muslim juga wajib menghilangkan najis dan menjaga dari terkena najis sepanjang masa. Namun, ada sebahagian bentuk najis yang sulit dihilangkan dan dihindari. Oleh kerana itu, di dalam Islam ada rukhsanya (konsep kemudahan dan tidak memberatkan), maka ulama ahli fiqh mengeluarkan fatwanya tentang macam-macam najis yang dimaafkan. Ini boleh dirujuk dalam kitab Alfiqh Almanhaji Ala Madzhab Al Imam Al Syafi’i oleh Dr. Mustafa al Khan, Dr Mustafa al Bagha dan Ali Assyibiji, sebagaimana berikut: 1) Percikan air kencing yang telah menyebar dan tidak dapat dilihat dengan penglihatan yang normal yang mengenai baju atau badan. Baik berupa najis mughalladhah (sebab jilatan anj...