NASIHAT NABI S.A.W. KEPADA MUADZ BIN JABAL: AMALAN MASUK KE SYURGA...

كنتُ معَ النَّبيِّ صلَّى اللَّهُ علَيهِ وسلَّمَ في سفَرٍ ، فأصبَحتُ يومًا قريبًا منهُ ونحنُ نَسيرُ

“Dalam satu perjalanan pada wakti pagi, Aku bersama Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam"

فقلتُ : يا رسولَ اللَّهِ أخبرني بعمَلٍ يُدخِلُني الجنَّةَ ويباعِدُني من النَّارِ

“Lalu aku berkata, ‘Wahai Rasulullah, kabarkan kepadaku amalan yang membolehkan aku dimasukan ke syurga dan dijaubkan aku dari api neraka.'”

قالَ : لقد سألتَني عَن عظيمٍ ، وإنَّهُ ليسيرٌ على من يسَّرَهُ اللَّهُ علَيهِ ، تعبدُ اللَّهَ ولا تشرِكْ بِهِ شيئًا ، وتُقيمُ الصَّلاةَ ، وتُؤتي الزَّكاةَ ، وتصومُ رمضانَ ، وتحجُّ البيتَ ،

“Maka Nabi s.a.w. bersabda, ‘Sungguh kamu telah bertanya kepadaku tentang perkara yang besar. Dan sesungguhnya ia mudah atas orang-orang yang Allah berikan kemudahan kepadanya. Iaitu kamu hendaklah beribadah kepada Allah dan jangan sekutukan Allah sedikitpun juga. Dan kamu mendirikan shalat, membayar zakat, berpuasa Ramadhan dan haji ke Baitullah.'”

Kemudian Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda:

ألا أدلُّكَ على أبوابِ الخيرِ : الصَّومُ جُنَّةٌ ، والصَّدَقةُ تُطفي الخطيئةَ كما يُطفئُ الماءُ النَّارَ ، وصلاةُ الرَّجلِ من جوفِ اللَّيلِ

“Maukah aku tunjukkan kamu kepada pintu-pintu kebaikan: Puasa atau shaum adalah perisai, dan sedekah boleh memadamkan dosa sebagaimana air boleh memadamkan api, dan shalatnya seseorang di tengah malam.”

Kemudian Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam membacakan surat As-Sajadah ayat 16-17, Allah Ta’ala berfirman:

تَتَجَافَىٰ جُنُوبُهُمْ عَنِ الْمَضَاجِعِ يَدْعُونَ رَبَّهُمْ خَوْفًا وَطَمَعًا وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُونَ ﴿١٦﴾ فَلَا تَعْلَمُ نَفْسٌ مَّا أُخْفِيَ لَهُم مِّن قُرَّةِ أَعْيُنٍ جَزَاءً بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ ﴿١٧﴾

Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya dan mereka senantiasa menyeru Rabb mereka dengan penuh rasa takut dan rasa harap, dan dari sebagian apa yang telah kami berikan rezeki kepada mereka, mereka menginfakkannya. Jiwa tidak mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka dari kesejukan pandangan sebagai balasan terhadap perbuatan mereka.” (QS. As-Sajdah, 32:16-17)

Kemudian Rasulullah bersabda:

ألا أخبرُكَ بِرَأسِ الأَمرِ كلِّهِ وعمودِهِ ، وذِروةِ سَنامِهِ ؟

“Maukah aku beritahukan kepada kamu kepala perkara seluruhnya, tiangnya dan puncak punuknya?”

Muadz bin Jabal berkata:

بلى يا رسولَ اللَّهِ

“Mau Ya Rasulullah.”

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda:

رأسُ الأمرِ الإسلامُ ، وعمودُهُ الصَّلاةُ ، وذروةُ سَنامِهِ الجِهادُ ،

“Kepala urusan itu Islam, tiangnya adalah shalat, dan puncak punuknya adalah berjihad.”

Kemudian Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam kembali bersabda:

ألا أخبرُكَ بملاكِ ذلِكَ كلِّهِ ؟

“Maukah aku beritahu kamu kunci seluruhnya itu?”

Ini adalah kunci yang telah disebutkan tadi dari awal berupa jalan menuju syurga, demikian pula pintu-pintu kebaikan, demikian pula kepala segala urusan, tiang dan puncaknya. Nabi ingin memberitahu kepada Muadz bin Jabal tentang kunci semua itu.

Muadz bin Jabal menjawab:

بلَى يا رسولَ اللَّهِ

“Mau wahai Rasulullah.”

Maka Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam memegang lidahnya lalu Nabi bersabda:

كُفَّ عليكَ هذا ،

“Tahan ini.”

Muadz bin Jabal berkata:

يا نبيَّ اللَّهِ ، وإنَّا لمؤاخَذونَ بما نتَكَلَّمُ بِهِ ؟

“Wahai Nabi Allah, apakah kita akan disiksa disebabkan apa yang kami ucapkan?”

Maka Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda:

ثَكِلَتكَ أمُّكَ يا معاذُ ، وَهَل يَكُبُّ النَّاسَ في النَّارِ على وجوهِهِم أو على مَناخرِهِم إلَّا حَصائدُ ألسنتِهِم .

“Menghairankan sekali engkau wahai Muadz, bukankah yang menelungkupkan manusia dalam neraka jahannam di atas tengkuk-tengkuk mereka adalah hasil daripada ucapan lisan-lisan mereka?” (HR. Tirmidzi, Ibnu Majah)

Comments

Popular posts from this blog

Sejarah kaabah dan sekitarnya

TAFSIR IBNU KATHIR BERKAITAN AYAT DALIL SAIE

HARI NAHAR DAN HARI QARR