AMALAN SETARA PAHALA HAJI DAN UMRAH
OLEH: Ustaz Ammi Nur Bais
Amalan Berpahala Haji
Apakah benar ada amalan tertentu yang pahalanya setara dengan haji dan umrah?
Suatu ketika datang serombongan sahabat yang miskin mengadap Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Mereka mengadukan persaingan amal dengan sahabat yang kaya. Bukan kerana hasad terhadap dunia, namun kerana keinginan untuk mendapatkan pahala yang sama. Di antara sahabat yang kurang mampu itu adalah Abu Dzar radhiyallahu ‘anhu, beliau mengadukan,
يَا رَسُولَ اللَّهِ، ذَهَبَ أَصْحَابُ الدُّثُورِ بِالْأُجُورِ، يُصَلُّونَ كَمَا نُصَلِّي، وَيَصُومُونَ كَمَا نَصُومُ، وَلَهُمْ فُضُولُ أَمْوَالٍ يَتَصَدَّقُونَ بِهَا، وَلَيْسَ لَنَا مَالٌ نَتَصَدَّقُ بِه
Ya Rasulullah, para pemilik kekayaan memborong pahala. Mereka salat sebagaimana kami salat, mereka puasa sebagaimana kami puasa, namun mereka memiliki kelebihan harta, yang membolehkan mereka bersedekah. Sementara kami tidak memiliki harta untuk bersedekah.
Kita lihat, bagaimana sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam,
يَا أَبَا ذَرٍّ، أَلَا أُعَلِّمُكَ كَلِمَاتٍ تُدْرِكُ بِهِنَّ مَنْ سَبَقَكَ، وَلَا يَلْحَقُكَ مَنْ خَلْفَكَ إِلَّا مَنْ أَخَذَ بِمِثْلِ عَمَلِكَ؟
“Wahai Abu Dzar, mahukah aku ajarkan kepadamu beberapa zikir, sehingga engkau boleh mengekori orang yang mendahuluimu dalam amal dan orang di belakangmu tidak akan mampu mengekori, kecuali jika mereka melakukan seperti amal yang kau kerjakan
“Tentu, ya Rasulullah..” jawab Abu Dzar.
Kemudian Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam mengajarkan,
تُكَبِّرُ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ دُبُرَ كُلِّ صَلَاةٍ، ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ، وَتَحْمَدُهُ ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ، وَتُسَبِّحُهُ ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ، وَتَخْتِمُهَا بِلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ، غُفِرَتْ لَهُ ذُنُوبُهُ، وَلَوْ كَانَتْ مِثْلَ زَبَدِ الْبَحْرِ
”Setiap selesai solat, baca takbir 33 kali, tahmid 33 kali, dan tasbih 33 kali. Setelah itu, tutup dengan bacaan Laa ilaaha illallah wahdahuu laa syariika lah, Lahul mulku wa lahul hamdu, wa huwa ’ala kulli syai-in qadir. Nescaya dosa-dosanya akan diampuni, meskipun sebanyak buih di lautan.” (HR. Ahmad 7243, Abu Daud 1504, Ibnu Khuzaimah 748, dan dishahihkan Syuaib al-Arnauth).
Dalam riwayat lain, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
أَوَلَيْسَ قَدْ جَعَلَ اللهُ لَكُمْ مَا تَصَّدَّقُونَ؟ إِنَّ بِكُلِّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةً، وَكُلِّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةً، وَكُلِّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةً، وَكُلِّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةً، وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ، وَنَهْيٌ عَنْ مُنْكَرٍ صَدَقَةٌ، وَفِي بُضْعِ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ
Bukankah Allah telah menjadikan untuk kalian kesempatan untuk mendapat pahala sedekah? Sesungguhnya setiap tasbih bernilai sedekah, setiap takbir bernilai sedekah, setiap tahmid bernilai sedekah, setiap tahlil bernilai sedekah, amar makruf nahi munkar juga sedekah, dan dalam hubungan persuadaraan, bernilai sedekah. (HR. Muslim 1006).
Amal Senilai Pahala Haji
Ibadah haji, salah satu ibadah yang memerlukan modal paling besar. Jiwa, raga, harta, dan memakan banyak waktu. Sehingga jumlah kaum muslimin yang mampu melaksanakannya, jauh lebih sedikit dibandingkan amal ibadah lainnya.
Namun, Allah Maha Kaya, Allah Maha Pemurah. Allah berikan kesempatan bagi semua hamba-Nya, untuk mendapatkan pahala haji, sekalipun dia tidak mampu berangkat haji.
Ada beberapa amalan, yang dijanjikan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam akan mendapatkan pahala haji. Berikut diantaranya,
PERTAMA: Melakukan rangkaian indah selepas solat subuh
Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
مَنْ صَلَّى الغَدَاةَ فِي جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ، ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ. قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ
Barangsiapa yang saalat subuh berjamaah, kemudian duduk berzikir memuji Allah hingga terbit matahari, kemudian solat dua rakaat, maka dia mendapatkan pahala haji dan umrah. Lalu Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menegaskan: Sempurna..sempurna..sempurna. (HR. Turmudzi 586, al-Bazzar 9314, dan dihasankan al-Albani).
Syaikh Muhammad Mukhtar as-Syinqithi – pengajar di Masjid Nabawi – memberikan penjelasan hadis ini, bahwa keutamaan amalan ini hanya dapat diraih jika terpenuhi beberapa persyaratan sebagai berikut:
I) Solat subuh secara berjama’ah. Sehingga tidak tercakup di dalamnya orang yang solat sendirian. Jelas kalimat jama’ah di hadis ini, mencakup jama’ah di masjid, jama’ah di perjalanan, atau di rumah bagi yang tidak wajib jama’ah di masjid kerana udzur.
II) Duduk berzikir. Jika duduk tertidur, atau ngantuk maka tidak mendapatkan fadhilah ini. Termasuk berzikir adalah membaca Al-Qur’an, beristighfar, membaca buku-buku agama, memberikan nasihat, diskusi masalah agama, atau amar ma’ruf nahi mungkar.
III) Duduk di tempat solatnya sampai terbit matahari. Tidak boleh pindah dari tempat solatnya. Sehingga, jika dia pindah untuk mengambil mushaf Al-Qur’an atau untuk kepentingan lainnya maka tidak mendapatkan keutamaan ini. Kerana keutamaan (untuk amalan ini) sangat besar, pahala haji dan umrah sempurna..sempurna. sedangkan maksud (duduk di tempat salatnya di sini) adalah dalam rangka Ar-Ribath (menjaga ikatan satu amal dengan amal yang lain), dan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Kemudian duduk di tempat salatnya.” Kalimat ini menunjukkan bahawa dia tidak boleh meninggalkan tempat solatnya. Dan sekali lagi, untuk mendapatkan fadhilah yang besar ini, orang harus memberikan banyak perhatian dan usaha yang keras, sehingga seorang hamba harus memaksakan dirinya untuk sebaik mungkin menyesuaikan amal ini sebagaimana teks hadis.
IV) Solat dua rakaat. Solat ini dikenal dengan solat isyraq. Solat ini dikerjakan setelah terbitnya matahari setinggi tombak.
(Syarh Zaadul Mustaqni’, as-Syinqithi, 3/68).
KEDUA: Belajar atau Mengajar Di Masjid
Dari Abu Umamah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
مَنْ غَدَا إِلَى الْمَسْجِدِ لَا يُرِيدُ إِلَّا لِيَتَعَلَّمَ خَيْرًا أَوْ يَعْلَمَهُ كَانَ لَهُ أَجْرُ مُعْتَمِرٍ تَامِّ الْعُمْرَةِ، فَمَنْ رَاحَ إِلَى الْمَسْجِدِ لَا يُرِيدُ إِلَّا لِيَتَعَلَّمَ خَيْرًا أَوْ يُعَلِّمَهُ فَلَهُ أَجْرُ حَاجٍّ تَامِّ الْحِجَّةِ
Siapa yang berangkat ke masjid di pagi hari, tidak memiliki tujuan apapun selain untuk belajar agama atau mengajarkannya, maka dia mendapatkan pahala orang yang melakukan umrah sempurna umrahnya. Dan siapa yang berangkat ke masjid pada petang hari, tidak memiliki tujuan apapun selain untuk belajar agama atau mengajarkannya, maka dia mendapatkan pahala orang yang berhaji sempurna hajinya. (HR. Hakim 311 dan dinilai oleh ad-Dzahabi: Sesuai syarat Bukhari. Hadis ini juga dinilai shahih oleh Imam al-Albani dalam Shahih at-Targhib wa at-Tarhib, no. 86).
Berbahagialah mereka yang rajin melakukannya dengan meluangkan waktunya untuk belajar agama, setiap pagi dan sore.
KETIGA: Menjaga solat berjemaah berserta adab-adabnya
Dari Abu Umamah radhiyallahu ‘anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
مَنْ خَرَجَ مِنْ بَيْتِهِ مُتَطَهِّرًا إِلَى صَلاَةٍ مَكْتُوبَةٍ فَأَجْرُهُ كَأَجْرِ الْحَاجِّ الْمُحْرِمِ وَمَنْ خَرَجَ إِلَى تَسْبِيحِ الضُّحَى لاَ يُنْصِبُهُ إِلاَّ إِيَّاهُ فَأَجْرُهُ كَأَجْرِ الْمُعْتَمِرِ وَصَلاَةٌ عَلَى أَثَرِ صَلاَةٍ لاَ لَغْوَ بَيْنَهُمَا كِتَابٌ فِى عِلِّيِّينَ
”Barangsiapa yang keluar dari rumahnya untuk solat berjamaah dalam keadaan telah bersuci, maka pahalanya seperti pahala orang berhaji dalam keadaan ihram . Dan barangsiapa beranjak untuk melakukan solat dhuha dan tidak ada yang menyebabkan dia keluar (dari rumahnya) kecuali untuk solat dhuha maka pahalanya seperti pahala orang yang umrah. Dan solat setelah melaksanakan solat yang di antara kedua solat tersebut tidak membicarakan masalah dunia, adalah amalan yang akan dicatat di illiyiin .
(HR. Abu Daud 558 dan dihasankan oleh Syaikh Al Albani dalam shahih At Targhib wat Tarhib 670).
Ada beberapa penafsiran ulama tentang makna kalimat “maka pahalanya seperti pahala orang berhaji dalam keadaan ihram“. Berikut adalah tiga penafsiran yang disebutkan dalam Aunul Ma’bud, syarh sunan Abu Daud,
Mendapatkan pahala sebagaimana orang yang haji. Makna ini disampaikan oleh Zain Al ‘Arab, bentuk mendapatkan pahalanya sebagaimana bentuk mendapatkan pahala dalam ibadah haji. Di mana ketika orang berhaji, semua usaha yang dia lakukan bernilai pahala. Mulai dari bekal sampai usaha perjalanan. Demikian pula solat jama’ah. Semua usahanya bernilai pahala, termasuk langkah kakinya. Meskipun pahala untuk dua amal ini berbeda dari sisi banyaknya atau jumlahnya.Orang yang berangkat haji akan mendapatkan pahala haji dari mulai berangkat sampai pulang, meskipun tidak menyelesaikan hajinya, selain wuquf di ‘arafah. Demikian pula solat jama’ah. Orang yang berangkat solat jama’ah akan mendapatkan pahala solat berjama’ah dari mulai berangkat sampai pulang, meskipun dia tidak mendapatkan jama’ah bersama imam (karena terlambat).
(lih. Aunul Ma’bud Syarh Sunan Abi Daud 2/77).
Semoga Allah memudahkan kita untuk istiqamah dalam menggapai redha-Nya. Aamiin ya rabbal'alamiin.
Comments
Post a Comment