Guna Saluran Betul Tunai Haji

Jeddah- Muslimin dari Malaysia dan juga yang sudah bermastautin di Arab Saudi, diminta menggunakan saluran yang sah di sisi undang-undang dan peraturan kerajaan Arab Saudi untuk mengerjakan ibadah haji.

Konsul Jeneral Malaysia di Jeddah, Mohd Khalid Abdul Razak berkata, setiap jemaah tertakluk kepada peraturan ditetapkan kerajaan Arab Saudi, iaitu mereka yang sudah menunaikan ibadah itu, hanya dapat menunaikannya buat kali berikutnya 5 tahun kemudian.

Beliau berkata, bagi rakyat Malaysia, mereka perlu mendapatkan permit menunaikan ibadah haji menerusi ejen muassasah Arab Saudi iaitu Tabung Haji manakala yanng tinggal di Arab Saudi pula , mereka  masih perlu mendapatkan kelulusan itu menerusi Tabung Haji, atau boleh memohon terus daripada muassasah Arab Saudi.

"Dapat permit, baru mereka boleh mengerjakan haji.Tahun ini Arab Saudi buat pemeriksaan lebih ketat, kerana anda tahu tahun ini lebih 3 juta jemaah dari seluruh dunia akan menunaikan haji, keadaan jadi bertambah sesak,"katanya ketika ditemui di Pejabat Konsulat Jeneral di sini malam semalam. -Bernama



**Petikan akhbar SINAR Harian Sabtu 22 Oktober 2011

Comments

Popular posts from this blog

Sejarah kaabah dan sekitarnya

HARI NAHAR DAN HARI QARR

TAFSIR IBNU KATHIR BERKAITAN AYAT DALIL SAIE