Posts

Ganjaran Solat di Masjid Haram

Ganjaran Solat Di Masjid al-Haram Soalan: Apakah terdapat hadith berkaitan ganjaran pahala solat di masjid al-Haram? Jawapan : Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW. Masjid al-Haram (المسجد الحرام) merupakan sebuah masjid yang terletak di kota Makkah yang dilihat antara tempat yang suci bagi umat Islam di seluruh dunia. Masjid ini juga di dalamnya terletak rumah Allah iaitu baitullah atau dinamakan Ka'bah yang menjadi arah kiblat bagi seluruh umat Islam apabila ingin mengerjakan ibadah solat. Selain itu juga, nama masjid al-Haram disebut di dalam al-Qur’an di beberapa tempat, antaranya: • Firman Allah SWT: إِنَّ الَّذِينَ كَف...

SEHARUSNYA KITA SELALU MENANGIS

Nukilan: Ustaz Abu Isma’il Muslim Al-Atsari Pernahkah anda menangis yakni dalam keadaan sendirian, kerana takut siksa Allah Azza wa Jalla? Ketahuilah, sesungguhnya hal itu merupakan jaminan selamat dari neraka. Menangis kerana takut kepada Allah Azza wa Jalla akan mendorong hamba untuk selalu istiqâmah di jalan-Nya, sehingga akan menjadi perisai dari api neraka. Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: لاَ يَلِجُ النَّارَ رَجُلٌ بَكَى مِنْ خَشْيَةِ اللَّهِ حَتَّى يَعُوْدَ اللَّبَنُ فِي الضَّرْ...

Sejarah kaabah dan sekitarnya

Image
إِنَّ أَوَّلَ بَيْتٍ وُضِعَ لِلنَّاسِ لَلَّذِي بِبَكَّةَ مُبَارَكًا وَهُدًى لِّلْعَالَمِينَ ﴿٩٦﴾ Sesungguhnya Rumah Ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah Baitullah yang di Mekah yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayat bagi umat manusia. – Al- Imran, ayat 96. Sejarah Ka’bah Dikenali juga dengan nama Baitullahil Haram iaitu sebuah binaan batu yang tertua sekali di dunia yang dibina untuk tujuan ibadat. Kaabah adalah Kiblat bagi umat Islam menunaikan ibadah terutama ibadah solat. Tidak sah solat jika tidak menghadapkan wajah ke arah Kaabah yang merupakan kiblat bagi umat Islam. Ka’bah adalah bangunan suci Muslimin yang terletak di kota Mekkah di dalam Masjidil Haram. ia merupakan bangunan yang dijadikan patokan arah kiblat atau arah solat bagi umat Islam di seluruh dunia. Selain itu,ia merupakan bangunan yang wajib dikunjungi atau diziarahi ketika musim haji dan umrah. Ka’bah berbentuk bangunan kubus yang berukuran 12 x 10 x 15 meter ...

Arak dan kesan pada diri, keluarga dan masyarakat serta negara

Image
22/09/2017  Pengharaman arak dan kesan buruk akibat mengambilnya telah dijelaskan dalam ayat-ayat al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w. lebih 1400 tahun dahulu. Antara kesan-kesannya yang disebut ialah  berpaling daripada ketaatan kepada Allah seperti meninggalkan solat dan berani melakukan maksiat , boleh menghilangkan akal, serta menyebabkan kebencian dan permusuhan. Ayat-ayat Al Quran tentang pengharaman arak diturunkan dalam 4 peringkat dengan mengambilkira orang-orang yang masuk Islam ketika itu masih lagi kurang imannya dan agak sukar melepaskan tabiat kegemaran mereka ketika Jahiliyah. Tahap pertama mengatakan tentang adanya  kandungan alkohol  dalam anggur (An Nahl: 67), tahap kedua menyatakan tentang  mudharat minum arak  lebih besar daripada manfaatnya (Al Baqarah: 219), tahap ketiga pula tentang  larangan melakukan solat ketika mabuk  (An Nisaa’: 43) dan tahap keempat ialah penetapan terus  pengharaman arak  (Al Maidah:...

APA TU NERAKA SAQAR?

Image
Apa itu Neraka Saqar? AlLah Taala berfirman: ﻭَﻣَﺎٓ ﺃَﺩْﺭَﻯٰﻙَ ﻣَﺎ ﺳَﻘَﺮُ Bermaksud: "Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan neraka Saqar itu? ﻻَ ﺗُﺒْﻘِﻰ ﻭَﻻَ ﺗَﺬَﺭُ Bermaksud: "Ia membakar mangsanya dengan tidak meninggalkan sisa, dan tidak membiarkannya (binasa terus)" ﻟَﻮَّاﺣَﺔٌ ﻟِّﻠْﺒَﺸَﺮِ Barmaksud: "Ia terus-menerus membakar kulit manusia!" ﻋَﻠَﻴْﻬَﺎ ﺗِﺴْﻌَﺔَ ﻋَﺸَﺮَ Bermaksud: "Pengawal dan penjag...

KELEBIHAN IBADAH UMRAH

Image
Kelebihan Umrah: 1. Pahala Dan Ganjaran Dilipatgandakan Abi Suhail mendengar Abu Hurairah RA mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada tahun Haji Wada’ di Mekah : “Para jemaah haji dan umrah adalah tetamu Allah SWT. Dia akan memenuhi apa yang mereka minta, mengabulkan apa yang mereka doakan, memberikan ganti kepada mereka atas apa yang telah mereka belanjakan dan melipatgandakan satu dirham untuknya menjadi sejuta dirham” - Al-Fakily, Muhammad Ibnu Ishak. 2. Penghapusan Dosa Rasululluh SAW telah bersabda yang bermaksud : “Satu ibadah umrah sehingga sampai umrah lainnya adalah sebagai pelebur (dosa) di antara keduanya. Sedang haji yang mabrur tidak mempunyai balasan kecuali syurga” - Riwayat Sahih Al-Bukhari. 3. Tidak Dihisab Jika Meninggal Dunia Semasa Menunaikan Umrah Disebut bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, maksudnya :“Barang siapa keluar untuk menunaikan ibadah haji atau umrah lalu meninggal dunia, maka baginya diperlakukan pa...

20 RAMADHAN 8H KOTA MAKKAH JATUH KE TANGAN RASULULLAH S.A.W.

Image
Sebagaimana telah diketahui, terjadi persitiwa besar pada tanggal 20 Ramadhan. Peristiwa dibebaskannya Kota Mekah dari syirik dan ahlinya. Tentang hal ini telah kami muat pada artikel 20 Ramadhan: Pembebasan Kota Mekah. Pada tulisan ini, kami akan memuat tentang hancurnya kesyirikan dan simbol-simbolnya di kota suci Mekah. Setelah Mekah menjadi wilayah Islam pada 20 Ramadhan 8 H, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mulai membersihkan Ka’bah dari kotoran kesyirikan. Berhala-berhala dibuang dan dihancurkan. Beliau sendiri turun tangan dalam peristiwa ini. Saat menghancurkan berhala-berhala itu beliau membaca ayat: قُلْ جَاءَ الْحَقُّ وَمَا يُبْدِئُ الْبَاطِلُ وَمَا يُعِيدُ Katakanlah: “Kebenaran telah datang dan yang batil itu tidak akan memulai dan tidak (pula) akan mengulangi”. [Quran Saba’: 49] dan ayat: وَقُلْ جَاءَ الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ ۚ إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقًا Dan katakanlah: “Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap”. Sesungguhnya yang batil i...