Posts

20 RAMADHAN 8H KOTA MAKKAH JATUH KE TANGAN RASULULLAH S.A.W.

Image
Sebagaimana telah diketahui, terjadi persitiwa besar pada tanggal 20 Ramadhan. Peristiwa dibebaskannya Kota Mekah dari syirik dan ahlinya. Tentang hal ini telah kami muat pada artikel 20 Ramadhan: Pembebasan Kota Mekah. Pada tulisan ini, kami akan memuat tentang hancurnya kesyirikan dan simbol-simbolnya di kota suci Mekah. Setelah Mekah menjadi wilayah Islam pada 20 Ramadhan 8 H, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mulai membersihkan Ka’bah dari kotoran kesyirikan. Berhala-berhala dibuang dan dihancurkan. Beliau sendiri turun tangan dalam peristiwa ini. Saat menghancurkan berhala-berhala itu beliau membaca ayat: قُلْ جَاءَ الْحَقُّ وَمَا يُبْدِئُ الْبَاطِلُ وَمَا يُعِيدُ Katakanlah: “Kebenaran telah datang dan yang batil itu tidak akan memulai dan tidak (pula) akan mengulangi”. [Quran Saba’: 49] dan ayat: وَقُلْ جَاءَ الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ ۚ إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقًا Dan katakanlah: “Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap”. Sesungguhnya yang batil i...

Kejadian Ribut dan Hujan Pada Malam 9 Zulhijjah

Image
Kejadian ribut dan hujan yang berlaku pada malam 9 Zulhijjah 1439H di Arafah, barangkali ia sebagai satu pengalaman yang menakutkan dan tidak akan dilupakan oleh setiap jemaah haji. Apa tidaknya, khemah yang dibina kukuh dengan kanvas yang berkualiti tinggi seakan mahu dicabut dan diterbangkan, sedangkan jemaah haji sedang berada di dalamnya. Masing-masing mulut berkumat-kamit membaca ayat al-Quran dan berdoa agar diberi perlindungan dari sebarang bahaya dan malapetaka. Sesekali ada juga azan dilaungkan dengan satu matlamat yang sama juga. Apapun, berdasarkan pengalaman yang ada, tidak dinafikan kerap juga suasana ini berlaku iaitu sebelum tiba phari wuquf di Arafah. Cuma tarikh dan waktunya tidak konsisten. Biasanya, suasana ini akan berlaku antara 7 hingga pada malam 9 Zulhijjah. Dan pada siang hari 9 Zulhijjah, kebiasaannya komponen cuacanya sempurna: Ada panas. Ada teriknya. Dan ada angin. Malah sesekali terasa angin sepoi bahasa bertiup menyapa pipi seakan membelai setiap jemaah ...

Konsep Menghayati Tetamu Allah

MENGHAYATI KONSEP DHUYUFUR-RAHMAN (TETAMU ALLAH) ADALAH amat penting kepada setiap jemaah haji dan umrah memamahi konsep dhuyufur-rahman atau tetamu Alllah Taala. Kefahaman ini penting supaya boleh mendorong setiap jemaah itu dapat memghayati dan seterus bersungguh-sungguh dalam peribadatan di Tanah Haram. Sekaligus memberi manafaat dan menghadirkan cita-cita yang mahukan keberkatan, kerahmatan, keredhaan dan hidayah dari Allah Taala. Sehubungan itu, di bawah ini dinyatakan tentang konsep tersebut: 1)  Menyedari sebagai dhuyufur-rahman (Tetamu Allah) dan memahaminya Kemuncak kehidupan manusia di atas muka bumi ini ialah apabila menjadi dhuyufur-rahman (tetamu) Allah S.W.T., iaitu mengunjungi Baitullah al-Haram dengan melaksanakan Ibadah Haji mahupun Umrah.   Terlalu banyak kelebihan atau keistimewaannya yang Allah S.W.T. kurniakan kepada mereka yang menyahut seruan menjadi tetamu-Nya.   Allah S.W.T. berfirman: Terjemahannya: "Dan serukanlah umat manusia...

Keutamaan dan Kelebihan Zikir

KEUTAMAAN DAN KELEBIHAN ZIKIR Bacaan-bacaan dzikir dan amalan di bawah sangatlah ringan di lidah,  tetapi pahalnya sangat besar! 1. Raih Pahala 1000 Kebaikan dalam Hitungan Menit Membaca "Subhanallah" ( سُبْحَانَ   اللّهِ ) yang berarti "Maha Suci Allah" sebanyak 100 kali. Nabi Muhammad S.A.W bersabda:  "Apakah salah seorang diantara kamu tidak mampu mengerjakan seribu kebaikan  pada setiap hari?. Salah seorang sahabat yang duduk bersama beliau bertanya : “ Bagaimana caranya salah seorang diantara kami dapat mengerjakan seribu kebaikan ?”. Beliau menjawab :”Membaca tasbih ( Subhanallah ) seratus kali dapat mendatangkan seribu kebaikan atau menghapus seribu dosa atau kesalahan”. (H.R. Muslim) 2. Salah Satu Harta Terpendam di Surga Memperbanyak ucapan "Laa Haula Wa Laa Quwwata Illaa Billaah" (لا حول ولا قوّۃ الا باللہ) yang artinya "tidak ada daya dan upaya kecuali milik Allah". "Wahai Abdullah bin Qais (nama Ab...

Kisah Kaabah Yang Tidak Diketahui

Image
Mekah merupakan tanah suci bagi umat Islam di mana berdirinya sebuah struktur hebat iaitu Kaabah yang menjadi tidak, lambang dan panduan qiblat untuk semua umat Islam di seluruh dunia. Berikut adalah 15 perkara tentang Kaabah dari sudut sains yang tidak diketahui ramai. 1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil. 2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga. 3. tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit. 4. graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi. 5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah. 6. Gelomban...

Jihad Pada Jalan Allah

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah ditanya:  "Apakah amalan yang paling utama? Baginda s.a.w. bersabda: "Beriman kepada Allah s.w.t Sahabat bertanya lagi: Kemudian apa? Rasulullah s.a.w bersabda: Jihad pada jalan Allah s.w.t. iaitu berjuang pada jalan Allah s.w.t. dan Sahabat bertanya lagi: Kemudian apa? Rasulullah s.a.w bersabda: Haji Mabrur iaitu ibadat Haji yang diterima"

Hadith Pilihan

Dari Anas r.a : Nabi saw bersabda, “Wahai Allah, Turunkanlah berkah berganda di Madinah, sebagaimana yang telah Engkau turunkan di Mekah.” Dari Anas r.a : Nabi saw bersabda, “Kota Madinah haram (kota suci) dari batas situ ke situ. Pohonnya tidak boleh ditebang dan tidak boleh melakukan kejahatan di dalamnya. Barangsiapa melakukan kejahatan, ia akan mendapat kutuk(an) Allah, kutuk malaikat dan manusia seluruhnya.” Dari Abu Bakrah r.a : Nabi saw bersabda, “Tidak akan dapat masuk ke Madinah, Al-Masih Ad-Dajjal yang ditakuti. Madinah ketika itu mempunyai tujuh buah pintu. Pada tiap-tiap pintu terdapat dua orang malaikat.” Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Di jalan-jalan masuk ke Madinah ada malaikat. Kerana itu tidak dapat masuk ke dalamnya penyakit taun (penyakit berjangkit) dan tidak pula Dajjal. Dari Anas bin Malik r.a : Nabi saw bersabda, “Semua negeri akan diinjak oleh Dajjal, melainkan Mekah dan Madinah. Di mana setiap jalan masuk ke dalam kedua ko...