Posts

'Berjuang' ke tanah suci

MENGHAIRANKAN. Mengapa perlu bersusah payah 'menyabung nyawa' menaiki motosikal ke Tanah Suci Mekah sedangkan kemajuan semasa menawarkan perkhidmatan yang lebih mudah, jimat, cepat dan selesa.  Perjalanan menuju ke Baitullah itu yang mengambil masa kira-kira hanya lapan hingga sembilan jam menerusi laluan udara tidak digunakan sebaliknya memilih laluan darat yang berliku serta memakan masa hampir dua bulan perjalanan. Panas terik, hujan lebat, laluan berdebu, cuaca sejuk melampau dan pelbagai cabaran di luar jangkaan perlu diharungi sepanjang perjalanan nekad ditempuh demi menyahut seruan Ilahi mengerjakan ibadat umrah berbanding daripada hanya duduk dan menanti waktu tiba. Kos puluhan ribu ringgit perlu dikorbankan, pekerjaan dan keluarga juga ditinggalkan bagi mengikuti kembara ke tanah suci melalui darat dengan merentasi 12 buah negara. Pastinya orang lebih memilih untuk mengunakan kemudahan sedia ada agar dapat menunaikan kewajipan dalam rukun Islam kelima itu dengan se...

TAMBANG NAIK HAJI 1433H KEKAL RM9,980

SEPANG 19 April - Kuota 28,000 jemaah haji dari Malaysia dan kadar bayaran RM9,980 bagi menunaikan fardu haji dikekalkan pada tahun ini walaupun kos penginapan di hotel-hotel berhampiran Masjidil Haram meningkat sebanyak 15 peratus.  Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom ( gambar ) berkata, persetujuan itu dicapai dalam mesyuarat dengan Menteri Haji dan Wakaf Arab dua hari lalu.  ''Malaysia satu-satunya negara yang mendapat keistimewaan kuota 0.1 peratus daripada jumlah penduduk untuk menunaikan haji. ''Negara-negara lain diberikan kuota berdasarkan jumlah penduduknya yang beragama Islam,'' katanya kepada pemberita di sini hari ini. Menurut Jamil Khir, pengekalan kuota haji itu memberi kelegaan kepada ramai jemaah haji di Malaysia yang diletakkan dalam senarai menunggu sehingga memakan masa bertahun-tahun lamanya. Kerajaan, katanya, memberi jaminan tiada sebarang kenaikan tambang mengerjakan ibadat haji, bagaimanapun individu ...

Guna Saluran Betul Tunai Haji

Jeddah- Muslimin dari Malaysia dan juga yang sudah bermastautin di Arab Saudi, diminta menggunakan saluran yang sah di sisi undang-undang dan peraturan kerajaan Arab Saudi untuk mengerjakan ibadah haji. Konsul Jeneral Malaysia di Jeddah, Mohd Khalid Abdul Razak berkata, setiap jemaah tertakluk kepada peraturan ditetapkan kerajaan Arab Saudi, iaitu mereka yang sudah menunaikan ibadah itu, hanya dapat menunaikannya buat kali berikutnya 5 tahun kemudian. Beliau berkata, bagi rakyat Malaysia, mereka perlu mendapatkan permit menunaikan ibadah haji menerusi ejen muassasah Arab Saudi iaitu Tabung Haji manakala yanng tinggal di Arab Saudi pula , mereka  masih perlu mendapatkan kelulusan itu menerusi Tabung Haji, atau boleh memohon terus daripada muassasah Arab Saudi. "Dapat permit, baru mereka boleh mengerjakan haji.Tahun ini Arab Saudi buat pemeriksaan lebih ketat, kerana anda tahu tahun ini lebih 3 juta jemaah dari seluruh dunia akan menunaikan haji, keadaan jadi bertambah sesak,...

Air Zam Zam Terbaik Dunia

Image
KAHERAH: Tidak kiralah sehaus mana pun kita, sekiranya dapat secawan air zamzam, ia pasti dapat menghilangkan dahaga dan memberi tenaga. Setelah melakukan banyak kajian mengenai sifat kimia dan fizikal dalam air zamzam, Dr Hamdi Saif dari Universiti Iskandariah membuat kesimpulan, air zamzam adalah air yang terbaik di dunia. Dia menemui yang air itu mempunyai keseimbangan sempurna dalam elektrolit dan mineral surih yang penting untuk kesihatan tubuh badan. Di samping itu, air itu adalah semula jadi, bersih dan tulen, dan bebas daripada semua mikroorganisme patogenik. kredit : hmetro.com.my Info Gallery  - Air zamzam sememangnya air yang terbaik di dunia..

Bahaya Pil Tangguh Haid

TAIF: Semakin ramai wanita muda, khususnya yang belum berkahwin, memakan pil untuk menangguhkan kedatangan haid sepanjang bulan puasa. “Kerana teruja untuk berpuasa penuh sepanjang Ramadan, ramai wanita muda, termasuk yang belum berkahwin datang membeli pil Primolut N. “Jualan pil itu meningkat sejak Ramadan bermula,” kata seorang ahli farmasi kepada akhbar Al-Watan. “Mereka tidak langsung memikirkan kesan sampingan itu. Kebanyakan mereka membelinya daripada ahli farmasi yang mereka kenal tanpa preskripsi,” katanya. Primolut N mengandungi bahan aktif norethisteron, produk hormon tiruan yang sama dengan hormon progesteron asli wanita. Ia digunakan untuk menundakan kedatangan haid dan merawat gangguan yang berkaitan dengannya, Seorang pekerja swasta, Ummu Faris berkata, dia memakan pil itu kerana tidak mahu tertinggal puasa. “Kerana sudah berumah tangga, saya tidak berdepan dengan masalah untuk membeli pil berkenaan,” katanya. Pakar sakit puan di Hospital Al-Ameen di Taif, Dr Hanan Oyara...

REMAJA MENYAMAR JADI PUTERA RAJA

JEDDAH: Gara-gara menyamar putera raja, seorang remaja Saudi berusia 18 tahun diberkas polis di sebuah pusat beli-belah, semalam. Remaja terbabit yang tiba di pusat beli-belah itu memberitahu pengawal keselamatan di situ supaya menghormatinya kerana dia adalah seorang putera raja berprofil tinggi di Jeddah. Pengawal keselamatan yang curiga dengan penampilan remaja itu tanpa pengawal peribadi melaporkan hal itu kepada polis. Beberapa minit kemudian anggota polis tiba di pusat beli-belah itu dan menahan remaja berkenaan. Selepas disoal siasat, remaja terbabit mengaku berpura-pura menyamar sebagai putera raja. Remaja itu dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut. Menurut undang-undang Arab Saudi, seseorang yang melakukan kesalahan menyamar sebagai anggota keluarga diraja akan dipenjara tiga tahun dan didenda SR50,000 (RM42,464).- Agensi

PESAWAT KARGO TERHEMPAS PUTUS DUA

RIYADH: Sebuah pesawat kargo Lufthansa terbakar lalu putus dua ketika mendarat di lapangan terbang antarabangsa Riyadh, semalam. Jurucakap syarikat penerbangan terbabit melaporkan juruterbang dan pembantu juruterbang warga Jerman pesawat berkenaan mengalami kecederaan. Pesawat kargo MD-11 dilaporkan terhempas ketika melakukan pendaratan menyebabkan juruterbang berusia 39 tahun dan pembantu juruterbang, 29, terpaksa meninggalkan pesawat melalui gelongsor kecemasan. - AP