Posts

Hakim Syariah kritik ulama Saudi

RIYADH: Perbalahan mengenai isu pergaulan tanpa sekatan antara lelaki dengan wanita di Arab Saudi bertambah hangat semalam, apabila seorang hakim mahkamah Syariah mengkritik seorang ulama konservatif kerana menyelar puak reformis yang menentang dasar pengasingan jantina.   Hakim mahkamah jenayah Riyadh, Sheikh Issa al-Ghaith membidas ulama, Abdul Rahman al-Barrak kerana mengutuk sesiapa sahaja yang menyokong pemansuhan sekatan terhadap pergaulan antara lelaki dengan wanita yang bukan muhrim. "Apakah ertinya mengeluarkan fatwa yang sukar dilaksanakan dan membuat kenyataan yang menyebabkan orang menjauhkan diri? "Sesiapa yang tidak bersetuju dituduh hipokrit dan dicap sebagai munafik," kata Ghaith mengenai pendirian golongan konservatif. Meskipun Ghaith tidak menyebut nama, adalah jelas beliau bercakap mengenai Barrak, antara ulama konservatif terkemuka di Saudi. Barrak pada Februari lalu mengecap penentang dasar pengasingan jantina sebagai orang kafir yang ...

PROJEK JABAL OMAR TARIK PELABUR MALAYSIA

MAKKAH - Projek Jabal Omar bernilai SR18.4 bilion (RM10.24 bilion) di sini menawarkan banyak potensi bagi para pelabur Malaysia terutama sekali di dalam bidang hartanah. Projek yang meliputi kawasan 22.8 hektar itu terletak berdekatan Masjidil Haram. Penasihat kepada Pengerusi Lembaga Pengarah Jabal Omar, Shuja Zaidi berkata, projek itu dilaksanakan mengikut permintaan pasaran iaitu daripada pasaran pertengahan rendah hingga pasaran paling mewah. "Apabila siap kelak, ia dijangka menempatkan 45,000 penduduk dan 150,000 jemaah sepanjang tahun. "Peningkatan jumlah bilik akan turut membolehkan penambahan bilangan ketibaan dari semua pasaran termasuk pasaran perantara yang kecil seperti Maghribi dan Sepanyol," katanya kepada Bernama selepas taklimat kepada delegasi Malaysia di sini baru-baru ini. Penyengat:..masa terbaik mujahid ekonomi Islam Malaysia mencari kelebihan tanah haram.

LARANGAN PENJUALAN AIR ZAMZAM

JEDDAH: Pihak berkuasa bandar raya ini mengulangi kenyataan mengharamkan penjualan air zamzam. Serentak dengan itu, ia meningkatkan pemeriksaan menerusi kempen bagi menghalang air itu daripada dijual di jalan raya dan kedai di sekitar bandar raya itu. Meskipun diharamkan, air itu masih dijual secara terbuka, termasuk di stesen minyak di lebuh raya antara Makkah dan Jeddah dan Jeddah dan Taif,” kata Pengarah Pengawasan Perdagangan pejabat Datuk Bandar,Sulaiman Al-Muhaimeed. - Agensi Penyegat:...air zamzam di Malaysia dijual mengambil kira kos pengangkutan udara dan darat di samping upah menguruskannya...

Rayuanku...nak pergi haji

"Ustaz jika saya berdaftar esok nak pergi haji boleh!" "Boleh..tapi barangkali tahun pergi haji pada tahun 1431 H atau 2031" Terkulat-kulat lelaki separuh abad mendengar penjelasan ringkasku. Barangkali tak percaya apa yang dimakumkan. "Tapi..ustaz macam tu tak sempatlah saya...."katanya dengan nada kecewa. Aku hanya mampu mengangguk kepala sahaja sebagai memberi reaksi pertanyaan lelaki tersebut. Tetapi jauh di sudut hati terasa simpati kepadanya. "Begini tuan, urusan nak pergi haji bukan hak sesiapa, bukan hak tabung haji. dari segi proses biasa begitulah rupanya yakni tuan akan pergi tahun 1431. "Bagaimanapun...cubalah buat rayuan kepada tabung haji. Cukupkan duit naik haji sebanyak RM 9,940.00. Kemudian buat surat rayuan nak pergi haji bagi musim ini. Dan hantar surat tersebut ke mana-mana pejabat tabung haji atau terus pergi ke ibu pejabat tabung haji bahagian pengendalian haji. "Selepas itu, buat solat hajat dan berdoa kepadaNya ...

HAJI MUSIM 1431H

MULAI bulan lalu, Tabung Haji Malaysia (LUTH) telahpun mengeluarkan surat kepada 'bakal-bakal jemaah haji (JH)' bagi musim 1431H. Seperti biasa, jumlah kouta yang diperuntukan oleh kerajaan Arab Saudi kepada Malaysia seramai 26,000 orang sahaja. Setakat ini, tidak diberitakan sebarang perubahan dari segi pengurusan pemergian JH yang dikeluarkan oleh Kementerian Haji Arab Saudi. Ini bermakna pada tahun ini masih menggunakan kaedah musim haji 1430H iaitu penggunaan passport antarabangsa dan suntikan H1N1 di samping suntikan manigococal yang merupakan wajib diambil oleh setiap JH. Untuk pengetahuan JH, pada tahun lalu cara semakan visa di kaunter imigresen Arab Saudi begitu ketat sehingga cop jari 10 digunapakai dan wajah JH dan mata ditangkap dan disimpan dalam sistem perkomputeran mereka. Insyaalllah, kaedah tersebut akan kekal dan digunapakai pada tahun ini. Sekiranya kaedah ini kekal, bererti JH perlu bersedia dari segi psikologi untuk menghadapi proses pemeriks...

KORBAN DAN TALBIAH BAGI ORANG HAJI

TALBIAH dan KORBAN لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ، لَبَّيْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ ، لَبَّيْكَ،  إنَّ الْحَّمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالمُلْكَ، لاَ شَرِيْكَ لَكَ. “Aku datang menyahut panggilanMu, Ya Allah! aku datang menyahut paggilanMu.  Aku datang menyahut panggilanMu, tiada sekutu bagiMu.  Aku datang menyahut panggilanMu.  Sesungguhnya segala puji dan nikmat adalah milikMu, demikian juga segala kekuasaan, tiada sekutu bagiMu”. Dua perkara yang Allah SWT sediakan untuk tetamuNya yang mengerjakan haji dan umrah.  Pertama menyembelih binatang hadiah (berkorban) dan kedua bertalbiah. Berkorban adalah satu pekerjaan sunat tetapi pahala yang Allah SWT sediakan kepada hambaNya yang melakukannya cukup besar dan luar biasa. Ia bukan sahaja sebagai mengingati peristiwa nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyembelih anaknya Ismail semata-mata mematuhi perintah Allah SWT tetapi juga mendidik diri kita (jemaah haji) supaya dapat memahami dan menilai sejauhmana kita mengenali...